MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tips Berjimat Cermat Bagi Mengelakkan Pembaziran Makanan


"Wahai orang-orang yang beriman!, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah swt, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya "

(Surah Al-Baqarah 2:172)

Justeru, setiap dari kita perlu memanfaatkan makanan yang diperolehi untuk dimakan agar tidak dibazirkan. Elakkan dari pembaziran makanan seperti mana firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. "

(Surah Al-Israa 17:27)

Bersama ini juga dikongsikan panduan atau tips berjimat cermat bagi mengelakkan pembaziran makanan, tidak kira semasa bulan biasa atau semasa Bulan Ramadan:

  1. Buat senarai pembelian selepas memeriksa barangan di dapur. 
  2. Beli dengan kuantiti yang betul/secukupnya
  3. Simpanlah lebihan makanan yang ada dengan cara yang betul bagi mengelakkan basi atau tidak boleh dimakan lagi.
  4. Olah lebihan makanan menjadi satu resepi baharu,  mengikut citarasa sendiri.
  5. Kongsi makanan anda dengan jiran tetangga, secara tidak langsung mengeratkan hubungan kejiranan.
Sekiranya amalan jimat cermat dalam makanan tidak diamalkan dan pembaziran berlaku kesannya kepada kita dan alam sekitar akan terlibat. Kerana sisa makanan yang dibuang di tapak pelupusan menghasikan Gas Metana, iaitu sejenis gas rumah hijau.  Kesan gas ini ke atas pemanasan bumi ialah 34 kali lebih besar berbanding gas karbon dioksida yang membawa kepada pemanasan bumi.

Sumber : Ikim dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments