MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Makan Kenduri Tanpa Diundang


Soalan:

Benarkah jika pergi kenduri kahwin yang mana kita telah dijemput tetapi membawa bersama kawan yang tidak dijemput maka kawan kita itu tidak boleh makan bersama dan jika kawan kita itu hendak makan disyaratkan mendapat izin dari tuan rumah tersebut?


Jawapan:


Memang benar tetamu yang dijemput sahaja yang diharuskan makan hidangan yang ada pada majlis kenduri kahwin

Jik ada ikut bersama kawan yang tidak diundang maka hendaklah meminta izin kepada tuan rumah sebelum memakan hidangan tersebut dan sunat tuan rumah memberi izin tetapi jika tuan rumah tidak memberi izin maka tetamu yang tidak diundang itu tidak boleh makan.

Dalilnya hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a katanya:

Ertinya: " seorang lelaki telah mengundang akan Nabi saw ke majlis kenduri yang dia sediakan untuk lima orang. Maka telah mengikut akan mereka oleh seorang lelaki. Maka apabila sampai di depan pintu bersabda oleh Nabi saw:

"Sungguhnya lelaki ini telah mengikut akan kami maka jika kamu mahu kamu boleh izinkan baginya (yakni makan bersama) dan jika engkau mahu (yakni tidak izinkan) maka dia akan pulang. Kata lelaki tuan rumah itu: Bahkan saya izinkan baginya wahai Rasulullah saw".

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments