MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Lisa NurMarini Mohd Kamal dan Farah Roslan Banggakan Malaysia



Tudung dan wanita Melayu adalah dua benda yang selalu jadi topik perbualan netizan, selalunya – kalau ada wanita tu berjaya lakukan sesuatu yang membanggakan, tapi dia tak bertudung; netizen akan ambik peluang untuk kecam orang tu. Kadang-kadang sedih jugak kami tengok – orang yang rasa dirinya ‘beragama’ dan ingin jadi polis moral – selalu akan lakukan kecam yang paling banyak.
Kami pernah tulis pasal benda ni.


Orang macam ni selalunya fikir diri diorang je yang baik, dan kalau ada orang lain buat salah sikit – dia akan cepat-cepat kecam. Janganlah jadi macam ni, tak baik. Apa-apa pun, hari ni kami nak cerita tentang dua wanita BERTUDUNG yang dah buat Malaysia bangga.

Lisa NurMarini Mohd Kamal sampaikan ucapan yang power di hadapan lebih 6,000 orang…

Sejak beberapa hari ni, tular video yang paparkan seorang gadis Malaysia lakukan ucapan yang gempak kat universiti luar negara. Benda-benda macam ni memang orang Malaysia akan suka dan beri kebanggaan kepada kita. Sebab bukan mudah kot nak jadi pelajar yang terpilih untuk lakukan ucapan semasa majlis graduasi, lebih-lebih di luar negara.

Lisa NurMarini Mohd Kamal terpilih sebagai wakil graduan untuk berucap kat hadapan 6,000 warga Amerika Syarikat di Universiti Wisconsin Madison. Melalui YouTube Madison Camous Connection, dia beritahu yang dia menempuh perjalanan sejauh beribu kilometer semata-mata untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut. Bukan mudah sebenarnya nak belajar di luar negara, banyak hal kena ambik kira.

Lisa yang dapat biasiswa dari Petronas, walaupuan dia dilahirkan di Amerika Syarikat kerana ibu dan bapanya lanjutkan pelajaran di sana, tapi dia dibesarkan sepenuhnya di Malaysia. Lahir je kat USA tapi dia dibesarkan macam kita – makan nasi lemak dan minum teh o ais kat Malaysia.

Atas sebab ni YouTube universiti tu dapat komen-komen positif daripada pelajar seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Yalah, kalau bab-bab komen ni – memang rakyat Malaysia akan jadi juara. Kebanyakan diorang lahirkan rasa bangga dengan pencapaian menakjubkan gadis berusia 22 tahun tu.

Seorang doktor yang berasal dari Malaysia cadangkan tudung steril untuk pembedahan…

Sebuah hospital kat UK yang ada prinsip – kepercayaan seseorang tu penting dah memperkenalkan tudung steril yang boleh digunakan untuk kakitangan yang terlibat dengan pembedahan. Biasa kita dengar sarung tangan je kan yang steril untuk tujuan pembedahan. Bagi yang tak tahu apa benda tu steril – ia bebas dari kuman. Keadaan steril penting untuk elakkan sebarang jangkitan semasa pembedahan.

Idea ni datang dari orang Malaysia, doktor junior Farah Roslan, dapat ilham untuk cadangkan benda ni semasa dalam latihan kat Royal Derby Hospital. Dia kata ia datang berikutan kebimbangan jangkitan berkaitan dengan tudung yang dia pakai sepanjang hari.

Diharapkan benda tu dapat diperkenalkan secara nasional tetapi NHS England kata ia akan bergantung kepada kepercayaan individu. Farah Roslan yang kerja di Lincolnshire, berkata dia terfikir benda tu semasa dia seorang pelajar perubatan dia University Hospital of Derby dan Burton NHS Trust.

“Saya menggunakan tudung yang sama sepanjang hari, dan ia jelas tak bersih dan ideal. Saya tidak selesa untuk membukanya dan saya dikeluarkan dari bilik pembedahan, untuk mengelakkan jangkitan,” – Farah Roslan, seperti yang dilaporkan oleh BBC

Dia perlu cari jalan tengah harus ditemui di antara “pakaian kerana iman” dan “keghairahan” untuk berada di bilik pembedahan. Farah lihat ke Malaysia untuk cari idea sebelum buat kain rekaan dan ujian. Dia gembira dan tak sabar-sabar untuk lihat jika benda ni boleh disokong secara nasional.

Rakyat Malaysia bukan jaguh kampung, ramai je yang berjaya di luar negara

Sebenarnya ada banyak lagi orang-orang Malaysia yang power, cuma untuk hari ni kami kongsikan dua individu ni dulu. Menariknya tentang dua individu yang kami kongsikan ni – diorang jadi ‘hebat’ di luar negara. Ramai yang kata orang Malaysia ni sekadar jaguh kampung; hanya hebat kat Malaysia je. Benda tu tak betul, sebab ramai je orang Malaysia yang ‘berfungsi’ dengan baik kat luar negara.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada Lisa NurMarini Mohd Kamal dan Farah Roslan  kerana telah membanggakan Malaysia.

Sumber: orangkata.my dan YouTube 

Post a Comment

0 Comments