MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Larangan Menerbangkan Dron Semasa Ambang Tahun Baharu 2020



Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron di beberpa lokasi semasa sambutan Ambang Tahun baharu (2020) malam ini yang dijalankan serentak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang menerbangkan dron ketika sambutan ambang tahun baharu.

Beliau berkata penggunakan dron oleh orang awam ketika sambutan adalah tidak dibenarkan dan polis akan mematikan dron berkenaan sekiranya diterbangkan di sekitar kawasan sambutan.

“Jadi, kami mohon kerjasama orang ramai agar tidak membawa dron kerana ia menjadi satu kesalahan dan kami tidak mahu berlaku perlanggaran dron (orang awam) dengan dron pihak berkuasa atau dron jatuh dan terkena orang awam.

Sekiranya terkesan dron yang diterbangkan tanpa kebenaran, tindakan tegas akan diambil oleh Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan menyekat kawalan ke atas dron tersebut menggunakan alat khas.

Antara jalan yang ditutup semasa sambutan di atas ialah Jalan Kuching, Jalan Raja di sekitar Dataran Merdeka, sepanjang Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng di KLCC, Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Jinjang Utara dan beberapa jalan utama lain termasuk jalan-jalan di sekitar Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Beberapa lokasi yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung pada malam ambang tahun baharu iaitu Dataran Merdeka, Kompleks Perdananan Putrajaya, KLCC, Pusat Beli Belah Pavillion, Sunway Velocity Cheras, Padang Awam Jinjang Utara dan Solaris Publika.

Sumber: PDRM & Bernama

Post a Comment

0 Comments