Bagi
memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menerbangkan dron di
beberpa lokasi semasa sambutan Ambang Tahun baharu (2020) malam ini yang
dijalankan serentak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Majlis Rumah
Terbuka Malaysia Krismas 2019.
Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengingatkan orang ramai bahawa tindakan
tegas akan dikenakan terhadap individu yang menerbangkan dron ketika sambutan
ambang tahun baharu.
Beliau
berkata penggunakan dron oleh orang awam ketika sambutan adalah tidak
dibenarkan dan polis akan mematikan dron berkenaan sekiranya diterbangkan di
sekitar kawasan sambutan.
“Jadi, kami mohon kerjasama orang ramai agar tidak membawa dron kerana ia menjadi satu kesalahan dan kami tidak mahu berlaku perlanggaran dron (orang awam) dengan dron pihak berkuasa atau dron jatuh dan terkena orang awam.
“Jadi, kami mohon kerjasama orang ramai agar tidak membawa dron kerana ia menjadi satu kesalahan dan kami tidak mahu berlaku perlanggaran dron (orang awam) dengan dron pihak berkuasa atau dron jatuh dan terkena orang awam.
Sekiranya
terkesan dron yang diterbangkan tanpa kebenaran, tindakan tegas akan diambil
oleh Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman, Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dengan menyekat kawalan ke atas dron
tersebut menggunakan alat khas.
Antara
jalan yang ditutup semasa sambutan di atas ialah Jalan Kuching, Jalan Raja di
sekitar Dataran Merdeka, sepanjang Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng di
KLCC, Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Jinjang Utara
dan beberapa jalan utama lain termasuk jalan-jalan di sekitar Kompleks
Perbadanan Putrajaya.
Beberapa
lokasi yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung pada malam ambang tahun baharu
iaitu Dataran Merdeka, Kompleks Perdananan Putrajaya, KLCC, Pusat Beli Belah
Pavillion, Sunway Velocity Cheras, Padang Awam Jinjang Utara dan Solaris
Publika.
Sumber:
PDRM & Bernama
0 Comments