Apa itu
Whitelist
Merupakan
satu insiatif rahmah halal Malaysia yang diperkenalkan bagi merangsang
penglibatan industri dalam pensjilian halal Malaysia
Ianya
merupakan satu mekanisme pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Pengurusan
Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat atau pemegang
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang komited dengan syarat-syarat pensijilan
halal Malaysia.
Apakah
kriteria-kriteria penerima Whitelist?
- Memenuhi keperluan umum dan khusus Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM)
- Merupakan pemegang SPHM yang aktif bagi tempoh minimum 4 tahun daripada skim selain rumah sembelih dan hotel
- Membangun, mengamal dan mengekalkan Sistem Jaminan Halal (SJH) dengan baik dan berkesan
- Mempunyai rekod yang baik dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan penarikan balik SPHM sepanjang 4 tahun
- Lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa
Untuk
sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 03-88925143/5084
Sumber: Bahagian
Pengurusan Halal, JAKIM
0 Comments