MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

KPDNHEP Akan Membuat Pindaan Peraturan Harga Jualan Murah


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Saifuddin Nasution berkata akan membuat pindaan peraturan  Harga Jualan Murah.

[Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) Dipinda Bagi Manfaat Rakyat] 

Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) yg berkuatkuasa sebelum ini menetapkan had kuota penganjuran jualan murah sebanyak 4 kali setahun. 

Pada era di mana teknologi & model perniagaan semakin berkembang, sy berpendapat bahawa konsep penganjuran jualan murah yg dikawal had bilangannya tidak memberi fleksibiliti & telah menyekat peniaga menganjurkan jualan murah mengikut kreativiti & strategi pasaran masing-masing

Bahkan ianya juga dianggap suatu halangan perdagangan (trade barrier) dalam konteks perdagangan antarabangsa masa kini.

Justeru, berdasarkan kajian teliti, peraturan tersebut telah dipinda bagi menjadikan penganjuran jualan murah lebih bersifat terbuka tanpa mengenakan had bilangan dan kawalan tempoh masa jualan murah. Pindaan Peraturan ini akan mula berkuatkuasa pada 2 Januari 2020.

Kementerian juga telah mewujudkan satu peruntukan kesalahan baru kepada peniaga yg membuat pernyataan palsu atau mengelirukan di dalam iklan-iklan jualan murah. Ini bagi menjamin aktiviti perniagaan jualan murah yg diadakan beretika & tawaran harga yg dipamerkan adalah benar

KPDNHEP juga telah mewujudkan satu peruntukan kesalahan baru kepada peniaga yg membuat pernyataan palsu atau mengelirukan di dalam iklan-iklan jualan murah. Ini bagi menjamin aktiviti perniagaan jualan murah yg diadakan beretika & tawaran harga yg dipamerkan adalah benar.

Saya harap penambahbaikan Peraturan ini akan meningkatkan daya saing dalam penawaran harga jualan murah yang secara langsung dapat bantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sumber : YB Saifuddin Nasution Twitter & KPDNHEP 



Post a Comment

0 Comments