Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan Poster Terkini Logo-Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Berikut di bawah dilampirkan pautan yang memaparkan poster Poster Terkini Logo-Logo Halal Luar Negara dengan kualiti yang lebih baik untuk dicetak, disebar dan dijadikan rujukan kepada pihak industri serta para pengguna di luar sana.
Logo Halal yang diiktiraf oleh JAKIM ini penting dan berguna bagi pengguna-pengguna beragama Islam dan pengguna-pengguna yang memilih produk halal sebagai pilihan.
Diantara fungsi logo - logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM ini adalah :
- Pengguna boleh mengenal pasti logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM pada label bungkusan produk import yang dijual di pasaran
- Pengimport mudah mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia agar mempunyai sijil halal yang diiktiraf bagi mengelakkan kerugian dan keraguan
- Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara boleh menjadikan logo-logo halal yang diiktiraf ini sebagai rujukan dan panduan dalam memperoleh produk atau premis makanan yang telah dipersijilkan halal di negara - negara berkenaan.
Semoga maklumat ini dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak dalam memilih dan menggunakan produk halal bagi manfaat bersama.
Saya percaya produk halal juga adalah produk yang menjadi pilihan semua pengguna termasuk pengguna bukan muslim.
Sumber : JAKIM dan Penulis sendiri
0 Comments