Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengumumkan Cuti Umum pada 24 Disember 2019 bagi membolehkan mereka membuat persiapan perayaan Krismas pada 25 Disember ini.
" Untuk mempermudahkan supaya perayaan terdekat ini dijayakan dengan baik saya mengumumkan cuti dua hari untuk sambutan Krismas, Kalau saya tidak bagi cuti ada yang mahu balik kampung Tongod, Long Pasia lapan Jam jadi saya harap cuti ini dapat menjadikan sambutan Krismas tahun ini penuh keharmonian". Kata Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019 bertemakan Kemurnian dan Keharmonian di Padang Merdeka, malam tadi.
Sememangnya Sabah mempunyai pelbagai bangsa, etnik, budaya dan kemajmukkan itulah yang menjadikan keunikan bagi Sabah.
Setiap perayaan yang diraikan di Sabah dapat dirasai oleh semua masyarakat Sabah, pastinya Rumah Terbuka/penganjuran jamuan makanan bagi merayakan perayaan akan diadakan di setiap daerah di Sabah.
Sumber: Borneotoday.net dan Twitter
.
0 Comments