MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah


Akhir tahun sudah tiba & musim persekolahan bakal menjelang. Sudah pasti ramai ibu-bapa mula membeli persiapan sekolah bagi anak-anak.


Menteri Perdaganggan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Saifuddin Nasution melancarkan kempen jualan "Kembali ke Sekolah" pada 11 November 2019, anjuran Pasaraya Aeon Big,  The Store, Canggih dan Mydin bagi menawarkan potongan harga yang hebat untuk persiapan sekolah kepada Pengguna.


Selain itu, pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian KPDNHEP akan mempertingkatkan pemantauan serta meneliti saluran aduan secara dekat bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga persiapan sekolah.


Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha ini dengan melaporkan kepada kementerian sekiranya terjumpa kes kenaikan harga secara mendadak (pencatutan) bagi persiapan sekolah melalui saluran aduan WhatsApp kementerian di 019-2794317.

Semoga kesemua inisiatif ini akan meringankan beban ibu-bapa dan anak-anak dapat memulakan persekolahan dengan gembira.

Sumber : Twitter & IG saifnasution_

Post a Comment

0 Comments