Alhamdulillah, dalam hanya 66 hari, Kempen Beli Barangan Malaysia di @ShopeeMY telah bantu usahawan tempatan mencatat jualan lebih RM 3.1 juta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia, YB Saifuddin Nasution.
Purata jualan harian pula meningkat 280% peratus berbanding sebelum Kempen Beli Barangan Malaysia dimulakan.
Ini menunjukkan langkah kementerian menjalin kolaborasi dengan Shopee untuk membangunkan laman khas produk Buatan Malaysia di Shoppe.com/buatanmalaysia adalah langkah yang tepat.
Bagi usahawan tempatan yg ingin turut menyenaraikan produk dalam laman khas ini, boleh isi borang di bit.ly/ShopeeKBBM
@mykpdnhep akan meneruskan usaha membantu usahawan tempatan utk merancakkan ekonomi domestik, mencipta peluang pekerjaan & meningkatkan pendapatan rakyat.
Kejayaan ini hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan @shoppe_my bagi membangunkan laman khas di mana lebih dari 3,500 produk tempatan ditawarkan pada harga luar biasa di https://shopee.com/buatanmalaysia
Semua produk yang disenaraikan unik, berkualiti tinggi serta kaya dengan citarasa tempatan. Laman khas ini juga akan dipromosi secara prominen sempena kempen Jualan Mega 11.11 di Shoppe.
Setiap pembelian akan meningkatkan pendapatan usahawan tempatan, mencipta peluang perkerjaan serta merancakkan ekonomi domestik.
Tahniah kepada YB Saifuddin Nasution dan KPDNHEP atas usaha membantu rakyat dan usahawan tempatan dalam menyediakan platform sejajar dengan kemajuan ekonomi digital dan negara digital dan Shoppe adalah permulaannya. Mari sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia.
Sumber : Twitter & IG Saifuddin Nasution dan KPDNHEP
0 Comments