MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kementerian Pendidikan Malaysia Memperkenalkan cikgooTUBE


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan satu (1) kumpulan guru/pendidik yang menjadikan YouTube sebagai medium penyampaian dan berkongsi pembelajaran dengan lebih berkesan dan kreatif. Usaha ini seiring dengan kepentingan kaedah pembelajaran pendidikan abad ke-21 dan teknologi masa kini yang pesat membangun serta menyokong kepada Internet of Thing (IoTs), bagi memudahkan para pelajar untuk mengakses pembelajaran di rumah atau di mana-mana sahaja.

Relevan pembentukan cikgooTUBE ini berasaskan fakta YouTube statistik merekodkan purata data sebanyak 5 billion totonan melalui YouTube oleh masyarakat dunia setiap hari dengan peratusan sebanyak 62% pelawat lelaki dan 38% pelawat wanita. Statistik Data Pelawat YouTube


Pasukan Guru ini diberi gelaran 'cikgootube' pasukan ini menghasilkan video - video yang santai bagi memudahkan pelajar/murid menerima input yang disampaikan oleh guru - guru dalam pasukan tersebut. Setakat ini seramai 600 orang guru/cikgu di dalam pasukan ini.

Untuk menonton video cikgooTUBE ini boleh layari di pautan https://eduwebtv.moe.edu.my/v1/


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin bin Senin berkata,  "Ini adalah sejarah baharu buat pendidikan negara dan KPM. Satu permulaan yang baik bagi tahun 2020. Pemangkin masa depan, di mana 10 tahun ke hadapan, anak-anak kita boleh lihat kembali bahawa pendekatan ini mampu memberi input bagi pembelajaran sepenuhnya". Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru di seluruh Malaysia,  tidak kiralah dari Pra Sekolah hinggalah ke Menengah kerana terus berusaha mempelbagaikan cara inovasi bantu pembelajaran murid." katanya lagi.

KPM terus mengolah pendekatan dalam meningkatkan kreativiti melalui penghasilan kandungan-kandungan dan melalui cikgooTUBE ini adalah landasan terbaik kepada guru - guru untuk berkarya. Tahniah para Cikgu/Guru/Warga Pendidik.

Sebelum ini juga KKM berhasrat untuk melaksanakan Pengajaran Melalui YouTube
dan hari ini 14 Disember 2019 ia menjadi kenyataan apabila ia secara rasmi dilancarkan.

Pujian juga harus diberikan kepada YB Mazlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia, yang sentiasa berusaha untuk memajukan sistem pendidikan dan pembelajaran negara.

Beliau seorang yang prihatin terhadap keperluan murid/pelajar sekolah tanpa mengira status bangsa,agama, etnik, warna kulit dan budaya serta mengutamakan pendidikan Orang Kurang Upaya (OKU).

beliau juga yang mencadangkan Program Sarapan Percuma di sekolah yang akan di laksanakan pada Januari 2020, beliau juga yang menempatkan 5 Universiti memberikan keistimewaan kepada OKU di Intitusi Penagajian Tinggi dan beberapa dasar lagi yang tidak disebutkan di sini yang telah / akan di laksanakan di bawah KPM yang diterajui oleh beliau.

Sumber : KPM dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments