Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Amalan ini dapat mempereratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga dan sesama muslim.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah swt sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa"
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Abu Huarairah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima (5) perkara iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Sumber : Unit Hal Ehwal Agama Islam, Hospital Sungai Buloh, KKM
Sumber : Unit Hal Ehwal Agama Islam, Hospital Sungai Buloh, KKM
0 Comments