Konsep
Wakalah
Wakalah
bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai
wakilnya untuk megendalikan urusannya.
“
Sekarang utuslah salah seorang dai kamu membawa wang perak kamu ini ke Bandar:
Kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual disitu)…
(Surah
Al-Kahfi : 19)
Kelebihan Konsep Wakalah
- Pendeposit mendapat nilai tambah di damping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati
- Simpanan selamat & dijamin oleh kerajaan
- Zakat pemdeposit telah dibayar oleh Tabung Haji (TH)
- Hibah/Agihan keuntungan berdasarkan prestasi kewangan
- Tiada had simpanan. Pengeluaran pada bila-bila masa
Bagi mereka yang telah mempunyai akaun di TH mereka Tidak perlu
isi borang untuk akad baharu & Pendaftaran haji sedia ada tidak berubah.
Soalan-soalan lazim
No
|
SOALAN
|
JAWAPAN
|
1
|
Apakah maksud Wakalah?
|
Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik
satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
|
2
|
Adakah Wadiah Yad Dhamanah sebagai simpanan
manakala Wakalah sebagai pelaburan?
|
Konsep Wadiah Yad Dhamanah dan Wakalah boleh
digunakan untuk tujuan simpanan dan dana simpanan boleh dilaburkan.
|
3
|
Mengapakah kontrak Syariah bagi akaun TH
diubah kepada Wakalah?
|
Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang
mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping
kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati.
|
4
|
Kenapa TH melaksanakan kontrak ini pada
masa ini?
|
TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik
perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan.
|
5
|
Adakah kontrak baharu ini adalah salah satu
langkah TH dalam penstrukturan terbaharu TH?
|
Ya.
|
6
|
Perlukah pendeposit melakukan lafaz/akad Wakalah?
|
Tidak perlu.
|
7
|
Adakah pendeposit sedia ada akan menerima nombor
akaun yang baharu?
|
Tidak. Nombor akaun anda akan kekal tanpa
sebarang perubahan.
|
8
|
Adakah pendeposit boleh membuat pengeluaran wang
pada bila-bila masa?
|
Ya. Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan
wang daripada akaun mengikut peraturan yang ditetapkan.
|
9
|
Adakah terdapat sebarang had simpanan atau
pengeluaran wang dengan penggunaan Wakalah?
|
Tidak bagi simpanan tetapi had pengeluaran Tunai
masih tertakluk di bawah peraturan yang berkuatkuasa iaitu RM10,000.00
|
10
|
Bagi pendeposit baharu, adakah sebarang jumlah
yang ditetapkan untuk simpanan di TH selepas diperkenalkan kontrak
Wakalah ini?
|
Jumlah minimum deposit ketika membuka akaun kekal
sama sebanyak RM 2.00.
|
11
|
Adakah pendeposit sedia ada perlu mengisi borang
atau dokumen baharu?
|
Tidak.
|
12
|
Adakah pendeposit perlu hadir ke kaunter TH
untuk mengemas kini kontrak/perjanjian akaun TH?
|
Tidak.
|
13
|
Bagi pendeposit sedia ada,apakah terdapat dokumen
yang diperlukan untuk mendaftar kontrak baharu ini?
|
Tidak.
|
14
|
Adakah akaun kanak-kanak yang di bawah jagaan
juga akan menerima nombor akaun yang baharu?
|
Tidak.
|
15
|
Adakah akaun yang tidak aktif akan mendapat
nombor akaun yang baharu dengan mengguna pakai kontrak Wakalah ini?
|
Tidak.
|
16
|
Bagaimana dengan akaun yang di bawah jagaan,
adakah perlu sebarang pendaftaran/kemas kini dilakukan bagi mengikut kontrak
Wakalah ini?
|
Tidak.
|
17
|
Adakah pendeposit yang telah menghubungkan akaun TH
dengan akaun BIMB, Maybank, CIMB atau Bank Rakyat perlu membuat semula proses
tersebut?
|
Tidak.
|
18
|
Adakah pendeposit yang telah membuat pendaftaran
haji perlu membuat pendaftaran baharu?
|
Tidak.
|
19
|
Adakah akaun dorman akan mendapat nombor akaun
yang baharu dengan mengguna pakai kontrak Wakalah ini?
|
Ya. Pendeposit perlu membuka akaun baharu.
|
20
|
Bagaimana dengan akaun dorman, adakah ianya perlu
didaftar atau dikemas kini bagi membolehkan kontrak baharu ini diguna pakai?
|
Ya. Pendeposit perlu membuka akaun baharu.
|
21
|
Bagaimana pula dengan akaun kanak-kanak yang umur
telah melepasi/melebih umur 18 tahun ke atas, adakah perlu didaftarkan atau
dikemas kini untuk kontrak Wakalah?
|
Tidak. Walau bagaimanapun, penjaga yang sah
hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut
mencapai umur 18 tahun.
|
22
|
Adakah kontrak Wakalah akan diguna pakai secara
terus bagi akaun yang tidak aktif?
|
Ya. Bermula 31Disember 2019 semua akaun TH
akan berdasarkan kontrak syariah Wakalah.
|
23
|
Adakah pendeposit boleh membuat pilihan sama ada
konsep Wakalah ataupun konsep Wadiah Yad Dhamanah?
|
Bermula 31Disember 2019 semua akaun TH
akan berdasarkan kontrak syariah Wakalah.
|
24
|
Adakah pendeposit boleh membuat penamaan?
|
Ya. Pendeposit boleh membuat penamaan dan
pembahagian masih tertakluk pada Hukum Syarak.
|
25
|
Adakah akaun simpanan pendeposit masih dijamin
100% oleh Kerajaan apabila bertukarnya konsep kepada Wakalah?
|
Ya. Wang pendeposit masih dijamin oleh Kerajaan
Malaysia sebagaimana peruntukan dalam Akta Tabung Haji 1995.
|
26
|
Adakah wang pendeposit TH selamat dengan
memperkenalkan kontrak baharu ini?
|
Ya. Wang pendeposit masih dijamin oleh Kerajaan
Malaysia sebagaimana peruntukan dalam Akta Tabung Haji 1995.
|
27
|
Adakah pendeposit perlu membayar zakat simpanan
dengan pelaksanaan kontrak Wakalah,?
|
Tidak. Ini adalah selaras dengan keputusan
Jawatankuasa Penasihat Syariah TH kerana TH telah
membayar zakat bagi pihak pendeposit.
|
28
|
Apakah ciri-ciri utama Wakalah yang membezakannya
dengan Wadiah Yad Dhamanah?
|
Bagi Wakalah, pendeposit merupakan prinsipal yang
mewakilkan TH untuk mengurus dana dan urusan haji Pendeposit
selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
Bagi Wadiah Yad Dhamanah, pendeposit menyimpan
wang ke akaun TH dan membenarkan TH menggunakan
wang tersebut termasuk urusan haji selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
|
29
|
Apakah kelebihan Wakalah berbanding Wadiah Yad
Dhamanah?
|
Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang
mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping
kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati.
|
30
|
Apakah terma dan syarat bagi akaun TH
berdasarkan Wakalah?
|
Terma dan syarat baharu boleh dirujuk di pautan www.tabunghaji.gov.my/wakalah
|
31
|
Adakah dengan pertukaran kontrak Wakalah ini, TH
seolah-olah bertukar daripada instrumen simpanan kepada pelaburan? Tidakkah
ia bercanggah denga matlamat asal penubuhan TH ?
|
Tidak. Wakalah telah banyak digunapakai oleh
institusi kewangan Islam dan institusi tabungan bukan bank serta tidak
bercanggah dengan matlamat asal TH.
|
32
|
Adakah Pendeposit akan menanggung sebarang
kos/bayaran apabila bertukar kepada Wakalah?
|
Ya. Sama seperti konsep Wadiah Yad Dhamanah
sebelum ini, kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana,
sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit.
|
33
|
Adakah pendeposit akan menanggung sebarang kos
atau bayaran apabila bertukar konsep?
|
Ya. Sama seperti konsep Wadiah Yad Dhamanah
sebelum ini, kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana,
sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit.
|
34
|
Adakah keuntungan (hibah) yang diterima dahulu
berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah mengambil kira kos pengurusan TH,
kos Haji dan Zakat?
|
Ya. Kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan
yang dijana, sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit.
|
35
|
Bagaimana agihan pulangan keuntungan kepada
pendeposit mengikut kontrak Wakalah ini?
|
Ya. Sama seperti konsep Wadiah Yad Dhamanah
sebelum ini, kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana,
sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit.
|
36
|
Setelah pertukaran konsep Wakalah, adakah
simpanan pendeposit akan terkesan sekiranya pelaburan yang dilakukan oleh TH
mengalami kerugian?
|
Keuntungan yang diagihkan adalah berdasarkan
prestasi kewangan TH.
|
37
|
Adakah hibah/dividen/bonus tahunan akan lebih
tinggi dengan mengguna pakai kontrak Wakalah?
|
Keuntungan yang diagihkan adalah berdasarkan
prestasi kewangan TH.
|
38
|
Adakah TH akan telus atau memaklumkan
mengenai perincian pelaburan yang dibuat kepada pendeposit?
|
Ya. Bermula 2018 prestasi kewangan TH
dimaklumkan kepada awam pada setiap suku tahunan.
|
39
|
Adakah simpanan TH mempunyai sebarang
tempoh matang?
|
Tidak.
|
40
|
Apakah pelaburan yang TH akan lakukan
dengan dana pendeposit mengikut kontrak baharu ini?
|
TH melaburkan dana kepada aset-aset dan aktiviti
pelaburan patuh Syariah berdasarkan peruntukan aset strategik yang ditentukan
pengurusan TH.
|
41
|
Adakah dengan memperkenalkan kontrak baharu ini, TH
akan lebih bergiat aktif/berdaya saing dalam pelaburan yang mendatang?
|
TH sentiasa berusaha menjalankan pelaburan dan
operasi ke arah pertumbuhan yang mampan.
|
42
|
Bagaimana dengan keuntungan (hibah-tahunan atau
haji/dividen/bonus) yang diperolehi dahulu melalui konsep Wadiah Yad
Dhamanah, adakah ia perlu dipulangkan?
|
Tidak perlu.
|
43
|
Adakah kontrak dahulu iaitu Wadiah Yad Dhamanah
tidak mengikut syarak/tidak patuh syariah?
|
Tidak. Kontrak terdahulu mematuhi keperluan
Syarak.
|
Untuk maklumat lanjut sila klik : Tabung Haji (Wakalah)
Sumber: TH
0 Comments