MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan dan Adab Meminum Air Zamzam


Hebatnya Allah swt mencipta Air Zamzam dan air ini hanya boleh didapati di Kota Makkah, Arab Saudi dan Air Zamzam ini tidak pernah habis atau kering. 

Kewujudan Air Zamzam ini banyak memberikan manfaat kepada manusia dunia  Sejarah Kewujudan Air Zamzam 

Berikut dikongsikan kelebihan Air Zamzam ( dengan izin Allah swt):

  1. Menyembuhkan penyakit 
  2. Mengenyangkan dan menambah kekuatan tubuh badan peminumnya
  3. Menyempurnakan tujuan dan hasrat peminumnya 
  4. Tidak akan kering sehingga Hari Kiamat 
  5. Air yang telah digunakan untuk membasuh Hati/Jantung Rasulullah saw 
  6. Kelebihan dari segi saintifik
Hadis Rasulullah saw bermaksud:

"Sesungguhnya Air Zamzam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan".

(Hadis Riwayat Muslim)

Adab Meminum Air Zamzam

  1. Menghadap ke arah Kiblat 
  2. Membaca doa sebelum meminumnya 
  3. Membaca Bismillah setiap kali meneguknya 
  4. Minum dalam keadaan tenang dengan tiga (3) kali nafas iaitu dengan tiga kali teguk
  5. Memuji Allah swt dengan bertahmid iaitu ucapan Alhamdulillah 
  6. Menggunakan tangan kanan ketika minum dan seelok-eloknya minum dalam keadaan duduk. 
Lazimnya apabila individu pergi menunaikan fardhu Haji atau Umrah pastinya Air Zamzam menjadi buah tangan untuk dibawa ke Tanah Air.

Sumber : Tabung Haji 

Post a Comment

0 Comments