Setiap peraturan jalan raya yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama. Lampu isyarat yang dipasang di setiap jalan raya adalah bagi menjaga keselamatan pengguna - pengguna jalan raya sama ada pejalan Kali, penunggang motosikal, pemandu kenderaan atau sebagainya.
Oleh itu patuhilah isyarat lampu yang tertera berwarna di tiang isyarat.
Warna Merah bermaksud BERHENTI
Warna Kuning bermaksud SIAP SEDIA
Warna Hij bermaksud TERUSKAN PERJALANAN
Apakah kesan sekiranya kita tidak mematuhi atau melanggar isyarat lampu merah:-
Apakah kesan sekiranya kita tidak mematuhi atau melanggar isyarat lampu merah:-
- Mempunyai kesan lebih serius kerana ia melibatkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan yang bergerak laju.
- Melibatkan kemalangan sampingan lain yang boleh menyebabkan kecederaan serius, atau boleh membawa kepada kematian.
Di Malaysia purata kemalangan jalan raya di lampu isyarat merekodkan:-
- 22.8% kecederaan yang melibatkan kematian
- 28.3% kecederaan serius
- 48.9% kecederaan ringan
Oleh itu sentiasalah mematuhi peraturan jalan raya untuk kebaikan bersama.
Pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang.
Semoga informasi di atas bermanfaat kepada kita semua.
Sumber :JKJR
Semoga informasi di atas bermanfaat kepada kita semua.
Sumber :JKJR
0 Comments