Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan mereka".
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tabrani)
Jumhur ulama empat (4) mazhab
- Haram ucap tahniah kepada bukan Islam sempena perayaan mereka
- Haram menyerupai dan menyambut perayaan orang bukan Islam
Ulama silam dan kontemporari
- Harus atas dasar mujamalah dan pergaulan baik sesama manusia
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan:
- Harus apabila wujud keperluan atau sebagai tanda menjaga hubungan baik. Makruh jika tiada keperluan
- Dibolehkan menerima atau memberi hadiah dengan niat ianya bukan bersempena perayaan mereka
- Boleh menyertai majlis sambutan pada kadar yang diperlukan sahaja (jamuan makan atau bergambar)
- Dilarang memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan krismas.
Sumber : Tahqiq Al-Masail 7 / Hukum Mengucapkan "Merry Christmas" kepada mereka yang beragama kristian.
Sumber : Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Negara, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia.
0 Comments