Soalan:
Adakah
harus menggantungkan ayat-ayat atau surah-surah tertentu dari Al-Quran pada
dinding rumah?
Jawapan:
Meletakkan
ayat-ayat atau surah-surah dari Al-Quran pada dinding rumah seperti yang dapat
dilihat dilakukan oleh masyarakat Islam sekarang ada perselisihan ulamak
padanya.
Setengah
ulamak mengharuskannya dengan syarat memeliharanya dan memuliakannya setengah
ulamak memakruhkannya.
Tersebut
pada kitab Al-Fatawa Al-Hindiyah:
Ertinya: “Dan
jikalau ditulis akan Al-Quran di atas dinding dan tembuk maka berkata setengah
ulamak: Diharapkan bahawa hukumnya adalah harus manakala setengah mereka itu
memakruhkan yang demikian itu kerana khuatir jatuh ia pada kaki-kaki manusia"
(jilid 5 m.s 323)
(jilid 5 m.s 323)
Dan
tersebut pada himpunan Fatwa Negeri Oman:
Ertinya: “Harus
menulis ayat-ayat Quran atas dinding atau memahatnya atasnya atau gantungnya
sebagai tatapan awam akan tetapi yang wajib bahawa memuliakannya dan
menghormatinya. Dan juga dipelihara dari disis-siakannya atau
direndah-rendahkannya".
Dan wajib
bahawa tiada diletakkan bersama benda yang kotor kemudian dari rosaknya. “ Ini
adalah kerana firman Allah Taala:
Ertinya: ”Yang
demikian itu maka barang siapa yang memuliakan akan syiar-syiar Allah maka
sungguhnya ia adalah tanda hati yang taqwa.”
(Al-Haj:32)
Wallahua’lam
Sumber : Ustaz Azhar Idrus
Sumber : Ustaz Azhar Idrus
0 Comments