Anda suka membuat 'Peace Sign' ketika bergambar? Fikir semula selepas ini kerana aksi tersebut boleh menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri oleh penggondam!
Pakar penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NNI) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga (3) meter jauhnya.
Tambah mereka, penggondam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.
Apabila ia berjaya diperoleh, penggondam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar atau tablet dengan mudah.
Kesimpulannya, biarpuan sistem biometrik yang menggunakan pengesan cap jari, mata dan wajah dilihat sebagai satu sistem keselamatan hebat, pengguna tetap perlu sentiasa berhati-hati.
Ini kerana, penggondam era kini dalam bidang teknologi, sentiasa melihat peluang yang dicipta oleh pengguna (tanpa mereka sedari) untuk mencuri segala maklumat untuk kepentingan mereka.
Sumber: www.alphr.com/security/1005131/peace-sign-selfies-could-hand-hackers-your-fingerprint
Dan PDRM
0 Comments