Hajarul
Aswad adalah perkataan Arab yang bermaksud batu hitam. Batu ini boleh dijumpai
di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajrul Aswad dan pintu
Kaabah). Bentuk Hajarul Aswad adalah bundar. Ia berwarna hitam dan berlubang.
Tingginya sekitar 150 sentimeter (CM) dari atas tanah.
Batu ini
mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih
besar daripada linkaran muka seseorang.
Kerana
itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam
lubang itu. Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam
ini. Bahagian luar batu hitam ini diikat dengan pita perak yang berkilat.
Dari Ibnu
Abbas r.a, dia berkata bahawa: Rasulullah saw bersabda mengenai Hajarul Aswad:
Maksudnya:
“Demi Allah, Allah akan mengutus batu
tersebutpada hari kiamat da ia memliki dua mata yang boleh melihat, memiliki
lisan yang boleh berbicara dan akan menjadi saksi bagi siapa yang benar-benar
menyentuhnya.”
(Hadis
Riwayat Tirmizi)
Mencium
Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi saw dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar
al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), beliau
berkata: “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak
melihat Rasulullah saw menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium
Hajarul Aswad).”
Imam
Hanafi : “Sunnah mencium Hajarul Aswad, bila tidak dapat menciumnya, cukup
menyentuhnya, cukup bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke arahnya.”
Imam
Maliki:”Sunnah mencium Hajarul Aswad dan bibirnya (yang berwarna putih), jika
tidak mampucukup bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke arahnya, tanpa
berisyarat. Beliau menambahkan, ketika mencium Hajarul Aswad adalah dengan
hidung. Bukan dengan kening atau dua pipi.”
Imam
Syafi’I dan Imam Hanbali: “Sunnah mencium Hajarul Aswad dengan kening, jika
tidak mampu, cukup menyentuhnya dan mencium tangan yang menyentuh tadi, jika
tidak mampu cukup berisyarat dengan tangan.
Sumber:
Ustazah Isfadiah
0 Comments