Ketika sedang solat fardhu tiba-tiba melintas haiwan berbisa, apakah harus di buat meneruskan solat atau berhenti?
Jawapan:
Dari Abu Hurairah r.a :
Ertinya: " Rasulullah saw membenarkan dibunuh dua haiwan hitam ketika sedang solat iaitu ular dan kala jengking."
(Hadis Hasan Riwayat Imam Tirmizi)
Berkata Imam Syaukani:
Ertinya: " Bahawasanya hadis ini menunjukkan atas harus membunuh ular dan kala jengking di dalam solat tanpa makruh. Dan sungguhnya telah berjalan kepadanya oleh jumhur ulamak sebagaimana kata Al-Iraqi."
(Nailul Authar)
Dan jika haiwan itu tidak merbahayakan atau tidak datang kepada orang yang solat maka tidak dibunuh atau dihalau akan dia yakni hendaklah ia meneruskan solatnya.
Berkata Qatadah:
Ertinya: " Apabila haiwan itu tidak mendatangi atau tidak merbahayakan akan engkau maka tidak perlu engkau bunuh akan dia."
Wallahua'lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
0 Comments