MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hadis Sunnah di Hari Jumaat


Sunnah merupakan perkataan, perbuatan dan persetujuan Rasulullah saw.

Sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan pada hari Jumaat dan hadis berkaitan sunnah tersebut:

1. Membaca Surah Al-Khafi 

Nabi bersabda yang ertinya:

"Barang siapa yang membaca surah Al-Khafi pada hari Jumaat maka Allah swt akan meneranginya di antara dua Jumaat".

(Hadis Riwayat Imam Hakim) 

2. Menggunakan Minyak Wangi 

Rasulullah saw bersabda yang ertinya:

"Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat 

Rasulullah saw bersabda

"Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti)".

(Hadis Riwayat Abu Daud bin Aus r.a)


Sumber : Buku Hadis

Post a Comment

0 Comments