MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Manfaat Membayar Zakat Pendapatan


Akta Cukai Pendapatan (ACP)  1967, Seksyen 6A(3) menyatakan :

"Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang pemabayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis."

Rebat secara umum bermakna jumlah cukai yang dapat dikurangkan melalaui pembayaran zakat, semakin banyak berzakat semakin sedikit cukai dibayar.

Sekiranya jumlah bayaran zakat menyamai atau melebihi cukai, secara langsung seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maklum perkara ini, pemualangan wang semula (refund) akan diberikan kepada pembayar cukai/individu/seseorang itu. Namun secara formal individu tersebut perlu mengisi Borang Cukai Pendapatan yang dikeluarkan oleh pihak LHDN sama ada melalui kaunter atau online menerusi laman sesawang LHDN berdasarkan tahun taksiran. Sebagai contoh pembayaran tahun taksiran 2018, rebat diberikan untuk tahun 2018 juga. 

ACP 1967 Seksyen 6A(3) juga tidak dinyatakan jumlah amaun tertentu atau batas amaun dalam rebat ke atas cukai. Ini bermakna selagi mana pembayaran dibuat atas pembayaran wajib disisi agama Islam seperti zakat maka ia dikira sah untuk memperolehi rebat ke atas cukai berkenaan.

Sekiranya timbul isu pembayaran zakat melebihi pendapatannya harus diingat zakat hanya dikenakan 2.5% sahaja daripada sumber pendapatannya. Timbul pertanyaan di pihak LHDN adakah pendapatannya melebihi daripada yang diisytiharkan di dalam Borang Taksiran Cukai (BE). Di sini pembayar zakat perlu bijak menggunakan keluasan akta "bayaran wajib".

Pembayaran zakat merupakan keistimewaan bagi mereka yang beragama Islam selain dapat menunaikan Rukun Islam yang Lima (5), perbuatan ini juga mendapat pahala dan memajukan ekonomi negara, wang tersebut dapat disalurkan kepada pembangunan, pendidikan dan mereka golongan Asnaf yang memerlukannya. 

Sumber: MAWIP & kisahzakatmalaysia dan penulis sendiri pembayar zakat 

Post a Comment

0 Comments