MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Dividen ASB 2019



Kelembapan pasaran dunia adalah antara sebab utama mengapa jumlah pengagihan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah rendah untuk tahun 2019.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu sidang media khas petang Rabu.




Beliau berkata ia membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion dan turut memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang.

Bagi tahun 2019, jumlah pengagihan ASB adalah 5.50 sen seunit.

Ini terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.



Sebagai perbandingan, jumlah pengagihan ASB bagi tahun 2018 adalah 7.00 sen seunit, manakala 2017 adalah 8.25 sen seunit.


Jumlah aset dalam pengurusan PNB adalah sekitar RM311 bilion. Sebanyak 65 peratus dilabur dalam pasaran ekuiti dan selebihnya dalam kelas aset lain seperti hartanah dan strategik.



Berikutan kelembapan pasaran tempatan, terutamanya dalam pasaran KLCI, di mana PNB merupakan pelabur terbesar, pendapatan aset dari ekuiti PNB juga susut berbanding tahun-tahun lalu.

APA SELEPAS INI?

Menurut sumber dalaman PNB, syarikat pelaburan ini akan menjadi lebih agresif dalam mencari pelaburan luar Negara.

Sasaran pelaburan luar negara PNB dijangka meningkat dari 8 peratus (kini) ke 30 peratus dalam tempoh tiga tahun, hingga 2022.

Dengan adanya peningkatan dalam pelaburan luar negara, ini dapat mempelbagaikan portfolio pelaburan PNB dan secara amnya, akan memberi pulangan yang bercampur-campur untuk PNB dengan lebih baik.

Sumber: Astro Awani & YouTube dan PNB, ASB


Post a Comment

0 Comments