MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Diskaun Khas 50% Kepada Golongan OKU Untuk Domain.MY


Sempena sambutan Hari orang Kelainan Upaya (OKU) yang diraikan pada 3 Disember 2019, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Yang Berhormat (YB) Gobind Singh Deo mengumumkan MYNIC akan memberikan diskaun khas sebanyak 50% kepada golongan OKU untuk pendaftaran baharu nama domain.MY bermula 1 Januari 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo menjelaskan dengan diskaun tersebut golongan OKU hanya perlu membayar RM60 bagi pendaftaran tersebut berbanding RM120 sebelum ini.

Diskaun khas ini bagi memastikan bahawa  tiada golongan yang terpinggir dalam revolusi digital global dan era revolusi industri 4.0.

Inisiatif ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, khususnya masyarakat yang memerlukan bantuan.

Ia akan menggalakkan golongan OKU menggunakan internet bagi meningkatkan aktiviti dalam talian, supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi digital.

Dengan menggunakan domain.MY pelanggan dapat melakukan pencarian laman web dengan mudah dan pantas. Pada masa sama keselamatan juga lebih terjamin.

Maklumat lanjut, mengenai diskaun khas ini boleh disemak dan didapati di portal www.mynic.my atau melalui talian mesra pelanggan : 1-300-88-7277 bermula 5 Disember 2019 (Khamis).

Sumber : RTM,  Jab. Penerangan Malaysia 

Post a Comment

0 Comments