MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Dasar Inklusif OKU


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyiapkan Garis Panduan Dasar Inklusif OKU di IPT 2019/2020.

Antara inisiatif yang digerakkan adalah penetapan 1 unit khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Naib Canselor.


Supaya nasib dan hak OKU terjaga di bawah pimpinan tertinggi universiti.

Lima (5) Universiti yang menubuhkan Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya tersebut adalah:

  1. Universiti Sains Malaysia (USM) 
  2. Universiti Malaya (UM) 
  3. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
  5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dan dalam bab kemasukan ke Universiti Awam, untuk sesi 2019/2020 Kementerian Pendidikan telah menyediakan tempat untuk 547 OKU

KPM inginkan akses yang setara untuk semua anak-anak di negara kita (Malaysia).

Iltizam KPM adalah agar OKU tidak lagi tercicir dan tersisih daripada sistem pendidikan ini.

Terus doakan..agar nasib dan hak OKU sentiasa terjaga dan semua warganegara Malaysia mendapat hak pendidikan sewajarnya.

Sumber : Twitter Maszlee Malik & KPM

Post a Comment

0 Comments