Pelajar Seni Kulinari di Kolej Vokasional Langkawi, Danish Adham Nuqman memenangi tujuh pingat emas, termasuk satu Emas Cemerlang, sembilan pingat perak dan satu gangsa melalui 17 kategori jenis masakan ditandinginya, sekali gus meraih Piala ‘Outstanding Hot Cooking Chef’.
Beliau memenangi Emas Cemerlang melalui masakan ‘Chicken Chop’, manakala enam lagi pingat emas diperoleh menerusi kategori Kuih Nyonya, Nasi Goreng, Char Kuey Teow, Salmon, Ayam Rendang Dan ‘Western Breakfast’. Tahniah
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
0 Comments