Bermula 2
Januari 2019, rakyat
Malaysia yang berkelayakan
boleh memohon Dana
Rumah Mampu Milik
Bank Negara Malaysia
(BNM) yang ditubuhkan
khas bagi membiayai
pembelian rumah pertama.Dana sebanyak
RM1 bilion ini
diumumkan selepas pembentangan
Belanjawan 2019 yang
lalu. Di bawah
dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan
(konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang
mengambil bahagian.
Dana
ini sah selama dua tahun, bermula bermula 2 Januari 2019 hingga 31 Disember
2020, atau sehingga dana berjumlah RM1
bilion tersebut habis
digunakan, yang mana
lebih awal.Gabenor Bank Negara, Datuk
Nor Shamsiah Mohd Yunus memaklumkan
lebih ramai individu
yang berkelayakan boleh memohon dana ini memandangkan had
kelayakan pendapatan maksimum bulanan isi rumah telah dinaikkan ke RM4,360
berbanding RM2,300 sebelum ini.Malah
had harga maksimum
rumah layak dibiayai
turut dinaikkan ke RM300,000
berbanding RM150,000 sebelum ini, sejajar dengan definisi harga rumah mampu
milik yang ditetapkan oleh Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.
Penambahbaikan kepada
kriteria kelayakan dan
ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik
tersebut telah berkuat kuasa pada 1 September 2019. Kriteria dan Ciri-ciri Dana
BNM bagi Rumah Mampu Milik ialah:
- Pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360;
- Harga maksimum harta tanah dinaikkan sehingga RM300, 000
- Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun; dan
- Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
Tempoh pembiayaan
adalah sehingga 40
tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih
rendah.Bagi membantu pembeli
rumah kali pertama
yang memohon pembiayaan
di bawah dana
ini, modul pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas
dan mudah telah disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Orang
ramai boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk
mendapatkan maklumat lanjut.Pelancaran dana telah dilengkapi dengan pelbagai
langkah untuk membantu pembeli
rumah yang pendapatan
bulanan mereka adalah sebanyak RM4,360 dan ke bawah untuk membeli
rumah pertama mereka
yang berharga sehingga RM300,000.
Langkah-langkah
yang dijalankan untuk pembiayaan rumah yang layak daripada semua institusi
kewangan ini adalah
bertujuan untuk mengurangkan
kos sampingan pemilikan rumah
bagi peminjam yang berkelayakan. Langkah-langkah tersebut seperti pengecualian
duti setem, kadar yang berpatutan untuk jumlah perlindungan gadai janji dan
pelepasan yuran guaman bagi perjanjian jual beli dan pembiayaan.Untuk maklumat
lanjut, anda boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian
seperti yang tertera di bawah:
- AmBank (M) Berhad (AmBank) – 03-2178 8888
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – 1-300 88 1900
- CIMB Bank Berhad (CIMB) – 03-6204 7788
- Malayan Banking Berhad (Maybank) – 1-300 88 6688
- RHB Bank Berhad (RHB) – 03-9206 8118(Semenanjung Malaysia)
Orang
ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK) atau
layari http://www.bnm.gov.my
Sumber: www.bnm.gov.my
0 Comments