Cara terbaik mencegah penyakit polio adalah dengan mendapatkan Vaksin polio yang lengkap. Vaksin polio diberi kepada bayi dan kanak-kanak yang berumur2, 3, 5 dan 18 bulan. Orang ramai juga dinasihatkan menjaga kebrsihan diri dan persekitaran.
Apakah jenis vaksin polio yang digunakan di Malaysia sejak program Imunisasi Kebangsaan ( National Immunizaion Programme) untuk mencegah penyakit polio diperkenalkan?
Program Imunisasi Kebangsaan untuk penyakit polio ( National Immunizaion Programme - NIP) dimulakan dengan pemberian OPV (Oral Poliovirus Vaccine) iaitu diberikan secara titsan ke dalam mulut sejak tahun 1972. Pada tahun 2008, suntikan polio diberikan secara suntikan IPV (Inactivated Poliovirus Vaccine).
Adakah Vaksin Polio (IPV) Selamat untuk kanak-kanak?
Ya, Vaksin Polio selamat dan berkessan. Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami kesan sampingan. Kesan sampingan yang lazim adalah kemerahan sementara dan kesakitan ringan di tempat suntukan serta sembuh tanpa rawatan.
Pemantauan Penyakit Polio di Malaysia
Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, penyakit polio wajib dinotifikasikan dalam tempoh 24 jam. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menjalankan pemantauan persekitaran melalui pensampelan air kumbahan di beberapa logi rawatan air kumbahan yang terpilih sejak tahun 2012 untuk mengesan virus polio. Sehingga kini, tiada virus polio dikesan.
Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Polio
Muzakkarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke -24 yang bersidang pada 5 - 6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio dan memutuskan seperti berikut:
- Program imunisasi camak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio adalah HARUS dari segi syarak kerana berdasarkan kaedah "menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan" dalam perundangan Islam.
- Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci. Sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai untuk :
- Memastikan anak-anak mendapat Vaksinasi Polio Yang Lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Membawa Kanak-Kanak Yang Tercicir Imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat
- Mandapatkan Rawatan Segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala Acute Flaccdi Paralysis (AFP)
- Sentiasa mengamalkan Tahap Kebersihan Diri Yang Tinggi seperti kerap mencuci tangan dan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser), terutamanya selepas keluar dari tandas dan selepas menukar lampin serta menjaga kebersihan persekitaran.
- Menyediakan makanan secara bersih dan selamat termasuk Membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, Minum Air Yang Telah Dimasak serta Memilih Premis makanan yang Bersih.
- Mendapatkan maklumat terkini berkaitan penyakit polio dari laman sesawang https://www.infosihat.gov.my
Apa itu "Herd Immunity"?
Apabila masyarakat dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit. Maka virus/bakteria tersebut sukar untuk bertapak di dalam komuniti
"Herd Immunity" ini haya dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi
"Herd Immunity" ini berupaya melindungi mereka yang mempunyai sistem imun rendah
Seperti penghidap barah yang menjalani kemoterapi, pesakit diabetes, bayi yang belum divaksin dan lain-lain daripada mendapat jangkitan atas sebab tidak wujudnya virus/bakteria berkaitan dalam komuniti.
Sumber: myhealthkkm
0 Comments