MIDF Research tidak menjangkakan pendapatan
bersih setahun penuh bank terjejas sekiranya Kadar Dasar Semalaman (OPR)
dikurangkan.
Dalam notanya, firma penyelidikan itu berkata
Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengurangkan OPR pada suku pertama 2020.
Mungkin penurunan sekali bagi mengekalkan
pendirian berhati-hati, memandangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) melepasi 4.0 peratus masih boleh dianggap kukuh, sambil
menambah KDNK diunjur meningkat pada 4.5 peratus tahun depan berbanding unjuran
4.6 peratus tahun ini.
Walaupun tidak menolak pemampatan jangka pendek
kepada Margin Faedah Bersih (NIM), kami percaya ia berkemungkinan hanya untuk
satu suku dan akan pulih dengan lebih cepat,” kata MIDF Research.
Dalam kedudukan biasa, firma penyelidikan itu
berkata, ia berkemungkinan mengambil masa dua hingga tiga suku untuk NIM
kembali normal ekoran kos dana berkurangan, khususnya daripada pelarasan kepada
kadar deposit tetap, yang merosot sebelum penurunan OPR.
Walaupun begitu, MIDF Research mendapati bahawa NIM
adalah lebih baik daripada jangkakan dalam kajian awal ke atas semua bank dalam
liputan kami pada suku ketiga 2019.
MIDF Research menyedari bahawa NIM merosot pada purata
5.0 mata asas suku ke suku pada suku kedua 2019, apabila BNM menurunkan OPR
sebanyak 25 mata asas pada Mei 2019.
Bagaimanapun, NIM meningkat pada purata 4.0 mata
asas pada suku ke suku pada suku ketiga 2019 dengan beberapa bank melaporkan
NIM lebih baik pada suku itu," kata MIDF Research
Secara menyeluruh, MIDF Research berkata impak
penurunan OPR sudah diambil kira sepenuhnya, dengan sebahagian daripada
konsensus menjangkakan penurunan kedua akan dibuat pada pada mesyuarat
Jawatankuasa Dasar Monetari November 2019.
Namun, melihat saham perbankan secara umumnya
kini rendah daripada nilai sebenar, termasuk mengambil kira penurunan kadar
seterusnya, yang telah kami diambil kira dalam unjuran pendapatan tahun 2020.
Sebahagian besar bank didagangkan kurang
daripada purata sejarah tiga tahun mereka. Kami berpendapat bahawa ini tidak
wajar kerana pada pandangan kami, bank telah berjaya mengharungi halangan yang
dihadapinya tahun ini,” katanya
Margin Faedah Bersih (NIM) juga dikenali sebagai
"hasil bersih atas aset berpendapatan bunga." Rumus untuk margin
faedah bersih adalah:
Margin Faedah Bersih = (Faedah Yang Diterima -
Faedah Yang Dibayar) / Aset Yang Diinvestasikan
Sumber :Bernama
0 Comments