MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Berpuasa Pada 13,14 dan 15 di dalam Taqwim Islam (Qamariah)



Hari-hari Putih adalah hari ke 13,14 dan 15 di dalam Taqwim Islam (Qamariah). Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada ketiga-tiga malam tersebut bulan sedang mengambang penuh dan kelihatan cerah menyinari dan menerangi alam semesta

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a:

“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”

(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Puasa sunat tiga hari setiap pertengahan bulan Hijrah, menyamai puasa setahun sebagaimana hadis riwayat daripada Abdullah bin Amr r.a:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, maka ganjarannya adalah puasa setahun.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan:

“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.”

(Riwayat Imam Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh umatnya berpuasa pada hari-hari putih adalah kerana dapat memberi ketenangan pada minda, menjadikannya lebih stabil dan tenang, mengatur perilaku manusia dan membentuk akhlak yang mulia

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Di syurga ada ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar, untuk mereka yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat ketika orang lain tidur.”

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber : WhatApps

Post a Comment

0 Comments