MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bermulanya Penguatkuasaan Larangan Merokok 1 Januari 2020


Tepat jam 12 malam pada 31 Disember 2019, maka berakhirlah tempoh Penguatkuasaan Pendidikan bagi Larangan Merokok di premis makanan terbuka.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan peluang dan ruang bagi golongan perokok untuk membiasakan diri terhadap larangan ini.

Bermula 1 Januari 2020 maka penguatkuasaan ini berkuatkuasalah sudah, sesiapa yang melanggaran peraturan dan didapati oleh penguatkuasa perlu berdepan dengan hukuman di Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 yang memperuntukkan kesalahan bagi perokok dikenakan kompaun RM250 , sekiranya gagal membayar kompaun dalam masa yang diberi, kes akan di bawa ke Mahkamah dan sekiranya didapati bersalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua (2) tahun.

Perokok dinasihatkan mematuhi peraturan larangan ini.

A. Bagi perokok yang melanggar peraturan:

1. Kesalahan pertama: Kompaun sebanyak RM250. Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika

kompaun dibayar dlm tempoh 1 bulan.

2. Kesalahan kedua: Kompaun sebanyak RM250 (tiada pengurangan kompaun ditawarkan).

3. Kesalahan ketiga: Kompaun sebanyak RM350.

B. Bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis (tiada pengurangan kompaun):

1. Kesalahan pertama: Kompaun RM250

2. Kesalahan kedua: Kompaun RM250

3. Kesalahan ketiga: Kompaun RM350

Marilah kita bekerjasama bagi menjayakan peraturan ini untuk menjadikan Malaysia lebih sihat.

Jangan merokok di kawasan larangan atau lebih baik BERHENTI MEROKOK.

Tujuan penguatkuasaan peraturan ini adalah bagi memastikan keselamatan pengunjung premis, kanak-kanak, individu yang tidak merokok, menjaga pesekitaran agar selesa dan selamat serta perokok sendiri dari aspek keselamatan dan kewangan.

KKM juga menyediakan perkhidmatan jomquit (bagi membantu perokok untuk berhenti merokok).

Secara tidak langsung peraturan ini mewujudkan kesedaran sivik kepada golongan perokok seperti sikap toleransi, menghormati keselesaan awam, kepentingan kesihatan dan mewujudkan budaya sihat.

Adalah diharapkan dengan penguatkuasaan peraturan ini dapat memanfaatkan kita semua dan mari amalkan hidup sihat persekitaraan bersih tanpa asap rokok.

Sumber : KKM dan Penulis sendiri yang memerhatikan persekitraan sekeliling apabila berkunjung ke premis makanan terbuka.

Post a Comment

0 Comments