MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bahaya Minuman Tenaga


Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan-bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.


Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini.

Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas, tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.

Selain itu, sepertimana minuman ringan lain, "Minuman Tenaga" mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula!

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga jug ameningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!. Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Untuk kanak-kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga dikaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.

APA YANG DICADANGKAN OLEH PENGKAJI

  • Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kandungan, pemasaran dan jualan produk ini.
  • Mengawal had pengambilan kafien yang dibenarkan pada setiap hidangan
  • Menagawal penjualan minuman tenaga untuk kanak-kanak dan remaja
  • Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenalpasti gejala pesakit yang mengalami masalah " Cafeine Intoxication"
  • Mengawal pengiklanan "Minuman Tenaga"

Ringkasan Bahaya  "Minuman Tenaga" atau "Energy Drink"

Kafien Berlebihan (Overdose)

Menyebabkan gejala jantung berdegup kencang, tekanan darah tinggi, loya dan muntah, sawan dan kematian.

Kencing Manis

Pengambilan minuman tinggi gula menyebabkan insulin tidak lagi sensitif

Komplikasi Kehamilan 

Keguguran, bayi kurang berat, kematian bayi

Masalah Saraf

Untuk kanak-kanak dan remaja

Meningkatkan Risiko

Penggunaan alkohol, rokok dan dadah

Kerosakan Gigi

Semoga maklumat di atas bermanfaat dan amalkan gaya hidup sihat, sekiranya bermanfaat sebarakan kepada rakan-rakan agar dapat kebaikan bersama.

Sumber: Publichealthmalaysia dan YouTube 

Post a Comment

0 Comments