MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalan Yang DiPertingkatkan di Bulan Ramadan


Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat dan keampuan  serta bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Bulan Ramadan yang di wajibkan berpuasa bagi mereka yang cukup syarat dan berkemampuan tanpa uzur syarie sebagai Rukun Islam yang ke 3 di antara lima (5).

Berrikut di kongsikan amalan yang boleh dipertingkatkan dan di lakukan semasa bulan Ramadan agar bulan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya, kerana Ramadan yang datang setahun sekali.

Berdoa

"Tiga doa yang mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang bermusafir"

(Hadis Riwayat at - Tirmizi)

Bersedekah 

Rasulullah saw ditanya:
"Sedekah apakah yang paling baik?"

Baginda menjawab:
"Sedekah pada bulan Ramadan"

(Hadis Riwayat at - Tirmizi)

Membaca Al-Quran 

"Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya"

(Hadis Riwayat at - Tirmizi)

Berselawat 

"Sesiapa yang berselawat sekali, Allah swt akan berselawat keatasnya sepuluh kali."

(Hadis Riwayat al-Muslim)

Memberi Makan Orang Berbuka Puasa 

"Sesiapa yang menjamu seorang yang berpuasa, dia mendapat pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut, tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun."

(Hadis Riwayat at - Tirmizi)

Solat Berjemaah 

"Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda."

(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Sumber: Buku Hadis 

Post a Comment

0 Comments