MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Adab Menziarahi Pesakit


Adab di definisikan budi perkerti yang halus, tingkah laku yang baik, budi bahasa (Kamus Dewan).

Bahasa Arab dalam konteks perilaku, perbuatan, kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan.

Sekiranya adab ini dipraktikkan dan diamalkan semasa menziarahi pesakit sama ada di hospital atau di rumah akan mengeratkan hubungan sesama kita dan memperolehi pahala dan kelebihan berdasarkan hadis Kelebihan Menziarahi Orang Sakit.

Ada beberapa perkara yang boleh dan perlu dielakkan semasa menziarahi pesakit. Berikut dikongsikan.

Perkara yang dibolehkan

  1. Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw 
  2. Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit 
  3. Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi 
  4. Mendoakan pesakit agar cepat sembuh 
  5. Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit 
  6. Sesuaikan waktu ziarah dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat 
  7. Digalakkan membawa buah tangan yang bersesuaian 
  8. Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa 
  9. Perlahankan nada deringan telefon bimbit atau menukar ke dalam mod diam atau getaran 

Perkara yang perlu dielakkan 
  1. Menangis di depan pesakit 
  2. Duduk di atas katil pesakit 
  3. Memakai minyak wangi yang terlalu kuat baunya
  4. Merokok sebelum atau ketika anda melawat pesakit 
  5. Bercakap terlalu kuat
  6. Bercakap dan melawat terlalu lama
  7. Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama atau seumpama penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit 
  8. Jangan memakan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya 
  9. Jika kehadiran anda membuatkan pesakit lebih tertekan, sebaik-baiknya tunggu sehingga keadaannya lebih stabil 
  10. Elak menziarahi pesakit sekiranya anda tidak sihat 
Semasa atau selepas menziarahi pesakit adalah digalakkan berdoa untuknya Doa Menziarahi Pesakit yang paling afdal atau baik semasa menziarahi pesakit ketika itu.

Semoga panduan adab ini bermanfaat kepada kita untuk manfaat bersama agar dapat disebarkan untuk pahala bersama.

Sumber : Unit Hal Ehwal Agama Islam,  Hospital Sungai Buloh dan KKM 

Post a Comment

0 Comments