Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menjadi Penjamin
Penjamin
telah terikat dengan kontrak sah yang menyatakan mereka bertanggungjawab untuk
membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. Adalah penting untuk
penjamin memahami perkara ini sebelum bersetuju untuk menjamin sesuatu pinjaman.
Bakal penjamin boleh mendapatkan nasihat daripada peguam, sekiranya mampu, untuk
memahami tanggungjawab dan risiko yang perlu dihadapi daripada kontrak jaminan.
Sesiapa
pun boleh menjadi penjamin tetapi mestilah memenuhi keperluan undang-undang
seperti:
•
Berumur 18 tahun ke atas
•
Tidak berada dalam keadaan muflis
•
Berfikiran waras dan mempunyai keupayaan mental agar dapat memahami dokumen
jaminan
•
Sanggup menerima syarat tanpa tekanan daripada rakan sebaya
Perkara Yang Perlu Diteliti
Sebagai Penjamin:
1. Kenal
pasti tujuan pinjaman tersebut dilakukan Bertanya kepada pihak peminjam mengenai
tujuan pinjaman tersebut dilakukan. Tujuan pinjaman haruslah jelas agar anda
tidak menjamin sesuatu yang sia-sia. Dapatkan maklumat lanjut mengenai
keperluan mereka yang memerlukan penjamin untuk pinjaman yang dipohon. Ini untuk
memastikan anda mengenal pasti peminjam tersebut mempunyai kemampuan untuk
membayar balik pinjaman.
2. Pertimbangkan
kemampuan anda untuk melunaskan pinjaman tersebut jika peminjam gagal
menyelesaikannya Sebelum anda bersedia untuk menjadi penjamin, anda perlu
menganalisis kedudukan kewangan anda terlebih dahulu. Pastikan anda mampu
menyelesaikan pinjaman berkenaan jika peminjam tersebut gagal melangsaikannya.
Selain daripada tunggakan pinjaman, anda juga perlu menyelesaikan kos tambahan
lain yang berkaitan.
3. Kaji
kontrak dan perjanjian pinjaman Anda perlu meneliti setiap perkataan yang
digunakan di dalam dokumen tersebut. Dapatkan khidmat *nasihat guaman bebas untuk
memahami risiko dan hak anda sebagai penjamin. Jangan turunkan tandatangan anda
dengan terburu-buru melainkan anda benar benar memahami setiap perkara di dalam
dokumen perjanjian tersebut. Sediakan surat ganti rugi yang ditandatangani oleh
peminjam sebagai langkah keselamatan. Dengan adanya surat ganti rugi, anda
boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kerugian yang akan anda hadapi sebagai
penjamin.
*Nasihat Guaman Bebas: Usaha
mendapatkan nasihat guaman bebas adalah untuk memastikan bahawa anda
benar-benar faham akan sifat sebenar dokumen tersebut dan implikasi undang
undang terhadap penjamin. Contohnya hak-hak dan liabiliti di bawah sesuatu
kontrak jaminan, terutamanya jika institusi kewangan menukar terma dan syarat
semasa tempoh pinjaman tersebut.
4. Jangan
sesekali tandatangan dokumen pinjaman kosong Jangan sesekali lakukan perkara
ini. Bertegas dengan peminjam supaya anda diberi dokumen yang mempunyai
maklumat pinjaman. Dokumen tersebut perlu menyatakan jumlah pinjaman, kadar
faedah dan jangka masa kontrak dengan jelas.
5. Ketahui
kesannya terhadap rekod kedudukan kredit anda Anda perlu fikirkan kedudukan
kredit anda yang mungkin akan terkesan dengan tindakan anda untuk menjadi
penjamin. Apabila anda sudah menandatangani perjanjian tersebut, maka anda
perlu bertanggungjawab dan menanggung beban untuk menyelesaikan hutang orang
lain jika peminjam itu tidak menjalankan tanggungjawabnya.
Kesimpulannya
Keburukan
menjadi penjamin adalah beban yang perlu anda pikul sekiranya peminjam tidak
menyelesaikan hutangnya. Ini akan menjejaskan kedudukan kredit anda dan boleh
menyukarkan anda dari segi kewangan. Risiko untuk kehilangan keistimewaan kredit
anda adalah tinggi. Oleh itu, anda perlu berfikir dengan teliti sebelum
bersetuju untuk menjadi penjamin. Jangan biarkan masa depan anda rosak
gara-gara tindakan orang lain yang tidak bertanggungjawab.
Sumber:
www.directlending.com.my
0 Comments