MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Zakat dan Persoalan


Setiap negeri di Malaysia mempunyai pusat-pusat zakat, melalui institusi-institusi inilah pengagihan zakat disalurkan kepada golongan yang berhak atau dikenali 8 golongan penerima zakat.

Untuk mengeluarkan zakat di pihak kerajaan, swasta, GLC, NGO dan berkaitan telah menyediakan medium bagi memudahkan pengeluaran zakat bagi mereka yang beragama Islam dan Wajib sekiranya mampu setelah pengiraan kos kehidupan dibuat mengikut kaedah-kaedah tertentu yang telah digariskan oleh institusi zakat.

Pengeluaran zakat melalui penggajian dan kaunter adalah yang mudah dan efektif dalam memungut zakat. Di sini di kongsikan persoalan-persoalan bagi mereka yang membayar zakat untuk manfaat bersama.

Soalan: Agihan zakat dianggap lambat, banyak prosedur dan leceh

Jawapan:

Zakat adalah ibadah wajib yang mempunyai tatacaranya. Salah satu tatacara yang perlu dititikberatkan adalah siasatan golongan yang ingin diberikan zakat. Siasatan ini dilakukan bagi mendapatkan butiran pendapatan, status, pekerjaan, ahli keluarga dan yang berkaitan. kaedah salah satu untuk mendapatkan keperluan butiran adalah dengan mengadakan lawatan ke rumah-rumah yang daif.

8 Golongan Penerima Zakat

Soalan: Pusat zakat tidak proaktif mencari fakir miskin dan menunggu sahaja di pejabat

Jawapan:

Bagi persoalan ini sesiapa yang mempunyai akaun facebook, instagram, media sosial yang lain boleh rujuk akaun media sosial pusat zakat mengikut negeri dimana anda menetap, pasti banyak dipaparkan aktiviti pusat zakat yang turun padang bekerja membela nasib asnaf.

Dapatkan naskah majalah-majalah secara percuma melalui pusat-pusat zakat negeri diantara kaedah bagi mengetahui aktivitiaktiviti pusat zakat.

Soalan: Yakin zakat yang diagih sendiri lebih berkesan membantu asnaf?

Jawapan:

Jangan diambil remeh peranan pusat zakat mengagihkan zakat. Di selangor sahaja, jumlah keluarga fakir miskin mencecah 50,000 buah. Apakah agihan secara adil boleh dibuat jika dilakukan secara persendirian?



Soalan: Ragu dengan ketelusan agihan zakat

Jawapan:

Hal ini boleh disemak Laporan Tahunan Pengurusan Zakat. Malah Jabatan Audit Negara melaksanakan audit tahunan dan diberikan sijil Bersih, bukti tiada penyelewengan dilakukan.

Soalan: Kecekapan kutipan tidak sama dengan kecekapan agihan

Jawapan:

Pusat-pusat zakat cuba memaksimumkan kecekapan agihan. Kaunter Bergerak dan Kaunter Express diwujudkan. masa memproses permohonan cuba dipendekkan. tetapi banyak aspek lain yang turut memainkan peranan, seperti perbezaan jenis permohonan serta lengkap atau tidak dokumen permohonan oleh pemohon atau asnaf.

Soalan: Anggap tidak salah di sisi syarak beri zakat sendiri

Jawapan:

Zakat adalah urusan pemerintahan. Ayat zakat disebut jelas di dalam al-Quran dan dikaitkan dengan pemerintahan (rujuk al-Hajj ayat 41). Hanya jika urusan zakat terbukti diseleweng, maka ada cara pengagihan yang lain.

Soalan: Anggap pusat zakat memanipulasi hukum Islam

Jawapan:

Hukum Islam dalam isu zakat sudah sangat jelas. Fatwa digubal demi manfaat semua orang, bukan meraikan golongan tertentu, Rujuklah dalam pelbagai kitab fiqh untuk melihat perkembangan hukum zakat. Apa yang penting, natijah umat Islam. Hukum zakat menjurus ke arah itu.

Soalan: Mempertikaikan institusi zakat atau agama menggunakan wang zakat

Jawapan:

Mereka yang membuat tuduhan, buatlah homework. Paling tidak, mereka boleh bertanyakan kepada mana-mana pusat zakat. tentang penggunaan wang zakat itu. Bukankah Allah swt telah memberikan arahan agar 1/8 daripada agihan zakat menjadi hak kepada Asnaf Amil? Melarang Amil menggunakan wang zakat, bukanlah bererti mempertikaikan Allah swt? (Rujuk at-Taubah, ayat 60).

Soalan: Pengalaman 'gagal' memohon zakat dijadikan sandaran

Jawapan:

Gagal dalam permohonan adalah lumrah. Jangankan zakat, Perkeso dan KWSP malah pihak bank pun berhak menolok permohonan yang tidak menepati syarat. Namun jika benar pusat zakat menolok dengan salah, sila buat laporan rasmi kepada pihak berwajib. Kesilapan di sebuah negeri, tidak wajar ditujukan kepada semua negeri.
 
Soalan: Marah dengan insiden tertentu sebelum ini yang melibatkan zakat

Jawapan: 

Tidak dinafikan, pusat-pusat zakat ada melakukan kesilapan dalam gerak kerjanya. Namun, kesilapan itu diperbaiki hari demi hari. Apa yang berlaku, insiden lima atau enam tahun silam, dipanaskan lagi, tidak adil menghukum kesalahan yang sudah diperbaiki. Malah ia menjadi fitnah yang tidak berkesudahan.


Adalah tidak wajar sebilangan individu melontarkan kesalahan sepenuhnya kepada pusat-pusat zakat sebelum sebelum memahami proses kerja pemberian zakat dan membuat kajian terperinci terhadap institusi zakat terutamanya pelaksanaan agihan zakat kepada pemohon dan mereka yang layak. 
Sepatutnya masyarakat/ketua kampung/Jawatan kuasa kampung/pihak berwajib dan kerajaan memberikan kerjasama kepada pusat-pusat zakat dengan menyalurkan maklumat individu yang berhak dan layak mendapat bantuan zakat kepada pusat-pusat zakat negeri. 

Adalah diharapkan pusat-pusat zakat memainkan peranan yang proaktif dalam mengagihkan bantuan zakat agar golongan yang berhak menerimanya disalurkan dengan cepat.

Artikel berkaitan 

Pengertian Zakat 

Zakat Fithrah 

Zakat Perniagaan 

Sumber: kisahzakatmalaysia , Zakat Selangor & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments