Soalan:
Bilakah waktu yang paling afdhal untuk berzikir
Jawapan:
Selepas solat fardhu adalah harus sama ada mahu berzikir dahulu sebelum mengerjakan solat sunat atau mengerjakan solat sunat dahulu kemudian barulah berzikir.
Yang paling afdhal ialah selepas memberi salam solat fardhu ia berzikir dahulu kemudian berdoa.
Selesai dari berzikir dan berdoa ini barulah bangun ia mengerjakan solat sunat jika dia kehendaki.
Berkata Syeikh Athiyah Saqr:
Ertinya: "Dan bermula jumhur ulamak berpendapat atas bahawa berzikir dengan zikir-zikir yang datang pada masalah ini waktunya ialah selepas selesai dari solat yang fardhu kerana ibarat nas yang menunjuk atasnya.
Dan menguatkan akan dia oleh perbuatan Nabi saw sekira-kira dikenal akan selesainya saf-saf yang terakhir pada solat berjemaah dengan ucapan takbir yakni dengan berzikir selepas solat tersebut."
Wallahua'lam
Sumber : Ustaz Azhar Idrus
Sumber : Ustaz Azhar Idrus
0 Comments