Uniknya makanan yang mengandungi vitamin B12 adalah dari sumber haiwan sahaja.
Bagi individu yang merupakan pengamal diet vegeterian, dapatkan vitamin B12 dari makanan yang difortfikasikan dengan vitamin B12 bagi memenuhi keperluan.
Ketika hamil, keperluan B12 meningkat sedikit berbanding biasa. Kekurangannya boleh mengakibatkan anemia ketika hamil.
Maka amat penting bagi ibu hamil mengamalkan pemakanan seimbang dengan memasukkan sumber haiwan atau makanan difortifikasikan vitamin B12 ke dalam menu harian.
Teruskan pengambilan yang mencukupi sehingga selepas bersalin iaitu dalam tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Sumber: nutritionistPerak
0 Comments