Filem animasi terbitan Les’ Copaque Production,
Upin & Ipin mengharumkan nama negara Malaysia apabila terpilih dicalonkan
bagi kategori Filem Cereka Terbaik pada kemuncak Asian Academy Creative Awards
2019 (AAA) yang akan berlangsung di Singapura pada 5 Disember 2019 melalui
filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga turut
tersenarai antara 32 calon bagi kategori Filem Animasi Terbaik pada Anugerah
Academy Ke-92
Bagi kategori tersebut sebanyak 15 filem dari pelbagai Rantau Asia termasuk Australia dan New Zealand dipertandingkan bagi
merebut trofi emas.
Untuk rekod Upin & Ipin mencipta kejayaan
pada Festival Filem Animasi Antarabangsa (Animaze) di Montreal, Kanada apabila
memenangi Filem Cetera Terbaik.
Filem ini
juga tersenarai sebagai finalis Filem Cereka Animasi Terbaik, Festival dan
Ekspo Animasi Antarabangsa Palm Springs 2019 yang akan berlangsung di Amerika
Syarikat pada 14 dan 15 Disember 2019.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terpilih
untuk ditayangkan di ASEAN Cinema Week di Korea Selatan, Oktober 2019.
Keyakinan kami bertambah untuk mencuba pada Anugerah Oscar pula dan
Alhamdulillah, ia tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik.
Terdahulu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
yang ditayangkan pada Mac 2019 lalu meraih kutipan pecah panggung dengan lebih
RM26 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Les’ Copaque Production,
Burhanuddin Md Radzi berkata, pencapaian itu membakar semangat mereka untuk
terus mengharumkan nama negara dan kami berdoa rezeki menyebelahi Les' Copaque
kerana filem ini dihasilkan dengan penuh teliti. Kami juga mengutamakan
kualiti, terutama dari segi jalan cerita,” katanya.
Sumber: Berita Harian
0 Comments