Tun Dr Mahathir Mohamad berharap usaha untuk
meningkatkan kefahaman berkaitan ajaran Islam yang sebenar terus dilipat-ganda
dan dipergiat, dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai.
Perdana Menteri berkata usaha ini penting bagi
membuktikan bahawa rakyat dapat menjalani kehidupan yang sejahtera, dinaungi
oleh agama Islam yang membawa rahmat kepada semua.
Rakyat Malaysia wajar menghargai kemajmukan, melestarikan kehidupan dalam kedamaian serta memelihara hubungan antara kaum dan agama. Ciri-ciri ini boleh dicapai dengan menitikberatkan ajaran Isalam dalam kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang sahih.
“Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai ikutan sepanjang
hayat, agar kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya
dalam satu catatan di laman Twitter rasminya Dr Mahathir Mohamad @ chedetofficial hari ini (9 November 2019).
Bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Dr
Mahathir juga berkata umat Islam wajar menghargai kemajmukan, melestarikan
kehidupan dalam kedamaian, serta memelihara hubungan antara kaum dan agama.
“Kita sebut agama Islam yang sebenar kerana terdapat
banyak tafsiran dan ajaran Islam yang disalah tafsir, dipengaruhi oleh
kepentingan lain. Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah dan
berpuak-puak,” katanya yang juga mengucapkan "Salam Maulidur Rasul 1441H”.
Beliau mengakhiri catatan itu dengan menyatakan
“Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”.
Sumber : -- BERNAMA dan Twitter
0 Comments