Nabi Isa a.s. akan turun dari langit di Kota Damsyik di negeri Syria.
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan dari Nawas bin Sam'an r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
Errinya :" Ketika Allah mengutuskan Nabi Isa anak Maryam a.s maka baginda turun dekat menara berwarna putih disebelah timur Kota Damsyik dengan memakai dua pakaian yang dicelup dan kedua tapak tangan baginda diletakkan atas sayap dua orang malaikat."
(Hadis Riwayat Imam Muslim No. 2937)
Menurut setengah ulamak Nabi Isa a.s akan tinggal dibumi selama 7 tahun kerana berdalil dengan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah saw bercerita:
Ertinya:" Kemudian Nabi Isa a.s membunuh akan Dajjal dan selepas itu tinggal bersama manusia selama 7 tahun yang selama itu tiada lagi permusuhan antara manusia."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Manakala setengah ulama mengatakan Nabi Isa a.s akan tinggal dibumi selama 40 tahun kemudian banginda pun wafat kerana berdalil dengan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
Ertinya:" Nabi Isa a.s akan membinasakan Al-Masih Dajjal dan tinggal dibumi selama 40 tahun kemudian baginda pun wafat dan semabayang atasnya oleh sekalian orang Islam."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban dan Ibnu Abi Syaibah)
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
0 Comments