MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tahnik Bayi


Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a kata beliau:

Ertinya: "Telah dilahirkan bagiku seorang anak lelaki lalu aku bawa anakku itu kepada Nabi saw maka Nabi saw menamakannya dengan Ibrahim kemudian Nabi saw mentahniknya dengan buah kurma dan berdoa kepadanya dengan kebaikkan. Kemudian baginda memberikan semula anak itu kepadaku semula.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Erti Tahnik ialah menggosok dengan kurma akan langit-langit di dalam mulut bayi. Ia dilakukan selepas melembutkan kurma yang kering. Amalan thanik ini adalah sunat hukumnya kerana hadis yang disebut di atas.

Buah kurma yang digunakan ialah buah kurma kering. Maka jika tiada kurma kering maka dengan kurma yang basah. Dan jika tiada sebarang kurma maka boleh dengan suatu yang manis. Dan madu adalah lebih afdhal dari yang lainnya. Dan jika tiada suatu yang manis maka dengan suatu makanan yang tidak dimasak. Bandingannya sama dengan apa yang afdhal ketika berbuka puasa.

Berkata Imam Nawawi 

Ertinya: "Dan yang sunnah ialah mentahnik bayi ketika dilahirkan dengan buah kurma dengan cara dikunyahnya dahulu kemudian menggosok di dalam mulut bayi di bahagian langit-langitnya dan dibukakan mulutnya biar ia sampai ke dalam perutnya sedikit. Berkata ashab kami: Maka jika tidak ada kurma maka dengan satu yang manis".

(Kitab Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab)

Sumber : Ustaz Azhar Idrus 

Post a Comment

0 Comments