Tanda
pengenalan pelekat khas kenderaan e-hailing hendaklah dipamerkan pada
bahagian cermin hadapan dan cermin belakang kenderaan persendirian e-hailing
ketika dipandu oleh seseorang pemegang permit semasa beroperasi membawa
penumpang.
Perkataan
‘e-hailing’ hendaklah ditandakan dengan jelas menggunakan jenis huruf Myriad
Pro-Bold Italic 97pt mengikut warna dan dimensi-dimensi di bawah, di
atas suatu plastik pelekat cermin kenderaan bersaiz segi empat sama.
Format
cetakan pelekat khas kenderaan e-hailing ini boleh dimuat turun dalam laman web
jabatan https://www.jpj.gov.my dengan menggunakan format Adobe Illustrator CS6.
Pelaksanaan
pemakaian pelekat khas kenderaan e-hailing adalah selaras dengan peruntukan di
bawah Kaedah 15B Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan
Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959. Kesalahan dan denda boleh
dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang gagal mematuhi perkara ini.
Rujuk
Garis Panduan Pelaksanaan Prosedur Tukar Guna kenderaan Persendirian Individu
Kepada Kenderaan Persendirian E-Hailing- Lampiran A3 untuk Tatacara dan
Spesifikasi pelekat khas kenderaan e-hailing.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
0 Comments