Timbalan Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan "Simposium Persaingan Setara dan Kos Sara Hidup" yang membawa tema "Seiring dan Sejalan ", bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Shah Alam, Selangor. (12 November 2019).
Dalam ucapan beliau perlakuan anti persaingan, penyalahgunaan kuasa atau monopoli perlu ditangani bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang mampan. Perkara itu menyumbang kepada herotan atau gangguan kepada pasaran perniagaan yang seharusnya bersaing secara sihat dan kompetitif.
Dengan menggalakkan persaingan yang setara, Dr Wan Azizah berkata pengusaha akan menjadi lebih kreatif, cekap dan berdaya saing, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Persaingan yang setara secara tidak langsung akan melindungi rakyat dan memberi manfaat kepada perusahan kecil kerana ia akan memastikan produk dan perkhidmatan dapat ditawarkan dengan harga yang berpatutan, berkualiti serta mempunyai banyak pilihan.
Disini dikongsikan sedikit maklumat berkenaan Akta Persaingan 2010 (712):-
Pada 10 Jun 2010 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) telah wartakan selepas itu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) badan yang bertanggungjawab berhubung akta ini ditubuhkan 1 April 2011 dan pada 1 Januari 2012 penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 dikuatkuasakan.
Definisi Akta Persaingan 2010
Satu akta yang menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.
Antara contoh amalan perniagaan yang tidak mementingkan keadilan sosial itu ialah apabila golongan monopoli pasaran secara bersama menetapkan harga jualan jauh melebihi kos pengeluaran demi meraih keuntungan maksimum, katanya.
Antara amalan persaingan lain yang tidak sihat ialah penyalahgunaan kedudukan dominan sesebuah perusahaan yang menyebabkan perusahaan lain terpaksa memberhentikan operasi kerana tidak dapat bersaing ataupun terus terkeluar daripada pasaran.
"Pengguna akan rugi jika mereka mempunyai kurang pilihan, berhadapan dengan harga tinggi dan barangan yang berkemungkinan tidak bermutu,” katanya.
Ekonomi pula tidak akan berkembang kerana perusahaan baharu tidak dapat menembusi pasaran dan perusahaan sedia ada tidak mempunyai insentif untuk menjadi inovatif dan cekap, katanya.
Dr Wan Azizah berkata, penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 adalah penting ke arah membentuk pasaran yang kompetitif dan sihat dengan melindungi proses persaingan untuk kepentingan pengguna, perniagaan dan ekonomi.
Penguatkuasaan akta itu juga membantu dalam memupuk kecekapan, inovasi dan sifat keusahawanan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, katanya.
Beliau berkata pasaran yang bebas dan berdaya saing akan menarik lebih ramai pemain industri ke dalam pasaran seiring matlamat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara tumpuan pelaburan.
Sumber : Bernama, IG drwanazizah dan MyCC
Sumber : Bernama, IG drwanazizah dan MyCC
0 Comments