Doa merupakan
senjata buat orang-orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang
amat istimewa kerana ia menghubungkan secara terus seseorang hamba itu dengan
Penciptanya iaitu Allah SWT. Kita sebagai seorang yang beriman perlulah
sentiasa berdoa kepada Allah
SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang
Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Allah SWT juga menyeru kita agar
sentiasa berdoa kepada-Nya
melalui firman-Nya:
Maksudnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku
perkenankan doa
permohonan kamu.”
(Al-Quran surah al-Ghafir:60)
Daripada Anas bin Malik r.a, dikatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk
anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”
Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah
swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak
bertentangan dengan syara’. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa
dikategorikan seagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak
pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw:
Maksudnya, “Redha Allah terletak pada redha
kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.”
(HR Tabrani dari Ibnu Umar)
Asbab kejayaan kepada pemain bola sepak Malaysia aka Harimau Malaya, Safawi Rasid sebenarnya datang dari Ibunya bernama Selemah Abu Bakar, berumur 56 tahun, asbab amalan menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir hampir setiap malam bagi memohon kejayaan dan keberkatan buat 13 anaknya.
Asbab kejayaan kepada pemain bola sepak Malaysia aka Harimau Malaya, Safawi Rasid sebenarnya datang dari Ibunya bernama Selemah Abu Bakar, berumur 56 tahun, asbab amalan menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir hampir setiap malam bagi memohon kejayaan dan keberkatan buat 13 anaknya.
Amalan khas yang diamalkan selain menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir
hampir setiap malam adalah mengamalkan zikir dan doa
meminta ALLAH permudahkan urusan Safawi apabila Safawi terlibat dalam perlawanan bola sepak.
“Kalau ada game (perlawanan), lebihlah sikit buat
contohnya biasa empat (rakaat) akan jadi enam. Mak cik biasa bangun awal pagi,
buat solat sunat sementara menunggu Subuh.
“Sebelum perlawanan malam tu, pagi boleh buat
solat Dhuha pula dan sentiasa berdoa supaya ALLAH berikan dia kemenangan dan
kesihatan yang baik untuk bermain,” katanya ( Selemah Abu Bakar).
Menurut Selemah, dia berbangga dan bersyukur
kepada ALLAH SWT dengan kejayaan Safawi menewaskan pasukan Indonesia dalam
Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil
Selasa lalu.
Menganggap Safawi sebagai anak yang baik dan
banyak membantu keluarga, dia berharap pemain yang dinobat Pemain Paling
Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 baru-baru ini
akan terus menempa kejayaan.
“Dengan mok, dia tak pernah kata 'ih', tak pernah
kata 'ah'. Bukan mak cik nak berbangga atau apa, sejak dari sekolah dia memang
begitu.
“Kemenangan yang dicapai juga mungkin sebab dia
banyak membantu keluarga dan orang lain yang memerlukan. Dia tidak pernah
lokek, selalu hulurkan bantuan jika ada adik-beradik atau saudara susah,”
katanya.
Bapanya, Rasid Sulong, 65, pula berkata, Safawi
akan menghubungi dia dan isteri setiap kali sebelum perlawanan bermula bagi
memohon restu dan ia menjadi amalan ketika mengikuti perlawanan sejak di bangku
sekolah.
“Sebelum perlawanan, dia akan hubungi minta saya
dan mak dia doakan dia dapat bermain dengan baik, dapat jaringkan gol
kemenangan dan tidak bersikap kasar di padang.
"Saya pula nasihati dia supaya jaga solat,
anak saya dari kecil saya terapkan supaya pentingkan solat,” katanya.
Sumber: bidadari.my & Sinar Harian dan IG Safawirasid
0 Comments