MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rahsia Kejayaan Safawi Rasid



Doa merupakan senjata buat orang-orang yang beriman dan ia merupakan salah satu ibadah yang amat istimewa kerana ia menghubungkan secara terus seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT. Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

(Al-Quran surah al-Ghafir:60)

Daripada Anas bin Malik r.a, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”


Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa dikategorikan seagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw:

Maksudnya, “Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.”
 
(HR Tabrani dari Ibnu Umar)




Asbab kejayaan kepada pemain bola sepak Malaysia aka Harimau Malaya, Safawi Rasid sebenarnya datang dari Ibunya bernama Selemah Abu Bakar, berumur 56 tahun, asbab amalan menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir hampir setiap malam bagi memohon kejayaan dan keberkatan buat 13 anaknya.

Amalan khas yang diamalkan selain menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir hampir setiap malam adalah mengamalkan zikir dan doa meminta ALLAH permudahkan urusan Safawi apabila Safawi terlibat dalam perlawanan bola sepak.

“Kalau ada game (perlawanan), lebihlah sikit buat contohnya biasa empat (rakaat) akan jadi enam. Mak cik biasa bangun awal pagi, buat solat sunat sementara menunggu Subuh.

“Sebelum perlawanan malam tu, pagi boleh buat solat Dhuha pula dan sentiasa berdoa supaya ALLAH berikan dia kemenangan dan kesihatan yang baik untuk bermain,” katanya ( Selemah Abu Bakar).

Menurut Selemah, dia berbangga dan bersyukur kepada ALLAH SWT dengan kejayaan Safawi menewaskan pasukan Indonesia dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil Selasa lalu.

Menganggap Safawi sebagai anak yang baik dan banyak membantu keluarga, dia berharap pemain yang dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 baru-baru ini akan terus menempa kejayaan.

“Dengan mok, dia tak pernah kata 'ih', tak pernah kata 'ah'. Bukan mak cik nak berbangga atau apa, sejak dari sekolah dia memang begitu.

“Kemenangan yang dicapai juga mungkin sebab dia banyak membantu keluarga dan orang lain yang memerlukan. Dia tidak pernah lokek, selalu hulurkan bantuan jika ada adik-beradik atau saudara susah,” katanya.

Bapanya, Rasid Sulong, 65, pula berkata, Safawi akan menghubungi dia dan isteri setiap kali sebelum perlawanan bermula bagi memohon restu dan ia menjadi amalan ketika mengikuti perlawanan sejak di bangku sekolah.

“Sebelum perlawanan, dia akan hubungi minta saya dan mak dia doakan dia dapat bermain dengan baik, dapat jaringkan gol kemenangan dan tidak bersikap kasar di padang.

"Saya pula nasihati dia supaya jaga solat, anak saya dari kecil saya terapkan supaya pentingkan solat,” katanya.

Sumber: bidadari.my & Sinar Harian dan IG Safawirasid 

Post a Comment

0 Comments