MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Proses Pernikahan


1. Daftar dan hadiri kursus kahwin 

Calon atau pasangan boleh mendaftar di pejabat  majlis agama daerah masing-masing. Sebagai contoh MAWIP, MUIS dan sewaktu dengannya. Pihak majlis agama akan memberikan borang untuk dilengkapkan.

Dapatkan maklumat dari pihak majlis agama seperti no telefon, pihak yang menganjurkan/konsultan/syarikat kursus perkahwinan sekiranya ada atau dapatkan maklumat dari internet syarikat yang menganjurkan kursus perkahwinan. Lazimnya bayaran kurusus tersebut dalam RM 75 - 100 bergantung dengan pihak penganjur dan biasanya dibuat di Masjid atau di dewan.

2. Membuat pemeriksaan HIV

Calon atau pasangan wajib untuk membuat pemeriksaan HIV di hospital kerajaan, dokumen tersebut perlu disertakan apabila menghantar borang perkahwinan ke majlis agama. Keputusan pemeriksaan HIV ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan, sekiranya melebihi 6 bulan calon atau pasangan perlu membuat pemeriksaan HIV semula.

3. Borang permohonan untuk berkahwin yang telah lengkap dan telah ditandatangani perlu dimajukan ke pihak majlis agama untuk tindakan lanjut. Bagi negeri-negeri Melaka,  Negeri sembilan, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan layari www.sppim.gov.my

4. Dapatkan pengeshan dan kebenaran berkahwin

Calon perlu dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah/Kampung yang telah diberi kuasa oleh pihak majlis agama tempat di mana calon tinggal/menetap. Sekiranya calon berhasrat untuk menikah luar dari kariah/kampung perlu dapatkan kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Daerah.

5. Majlis Akad Nikah

Segala dokumen dan keperluan telah lengkap dimajukan dan disisi oleh calon/pemohon, maklumkan Qadhi/Jurunikah untuk tarikh pernikahan.

6. Sijil  Perakuan Nikah

Dapatkan di majlis/pejabat agama selepas dokumen pernikahan dimajukan oleh Qadhi/Jurunikah ke pejabat/majlis agama daerah.

Setiap negeri mempunyai proses tersendiri dalam permohonan untuk berkahwin, untuk keterangan lanjut sila rujuk pejabat/majlis agama yang berhampiran.


Sumber : BaitulMuslim.com dan Penulis sendiri.


Post a Comment

0 Comments