Timbalan Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail menyempurnakan program #KIDTAKEOVERPARLIAMENT: KITA PEDULI petang tadi 20 November 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNICEF) dan ProjekID bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Convention on the rights of the Child (CRC@30) dan World Children's Day yang berlangsung di bangunan Parlimen Kuala Lumpur, Malaysia.
Pembentangan oleh peserta berkaitan usaha menangani isu buli di sekolah amat membuka mata dan membuktikan kebolehan pelajar-pelajar sekolah menengah ini dalam menyampaikan pendapat, cadangan penyelesaian dan pengamalan masing-masing, khususnya berkaitan isu buli.
Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin, pihak kerajaan melalui KPM akan meneleti dan mengambil kita cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar ini untuk menangani isu buli di sekolah.
Turut hadir pada program ini Yang Dipertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Dato Mohamad Ariff Md Yusof, Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo Nie Ching.
#KIDTAKEOVERPARLIAMENT merupakan platform dalam memperkasakan suara kanak-kanak di seluruh dunia untuk didengari agar kanak-kanak berpeluang dalam menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pemimpin negara menangani isu-isu yang melibatkan kanak-kanak.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk memastikan kanak-kanak agar disayangi, dilindungi dan yang paling utama, membesar dalam persekitaran yang selamat.
Hargai kanak-kanak merekalah penyambung warisan dan pemimpin negara kelak.
Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Seluruh Dunia.
Sumber: IG drwanazizah dan KPM
0 Comments