Jurucakap Popular Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR), Miki Foong, berkata pengunjung bakal menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk bahan bacaan bahasa Inggeris terpilih yang dijual serendah RM1 dengan syarat pembelian sekurang-kurangnya lima buku berjumlah RM5.
“Pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran koleksi buku tempatan dan luar negara pada harga RM10 senashkah.
“Bagi penggemar novel, POPULAR turut menawarkan novel Melayu terpilih pada harga RM10 setiap satu yang pengunjung berpeluang menikmati tawaran beli dua, percuma satu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Foong berkata, kanak-kanak juga pasti tertarik dengan tawaran harga komik popular seperti Doraemon, Boboiboy dan Disney Frozen 2.
“Sempena jualan gudang ini, pengunjung berpeluang membawa pulang buku berbahasa Cina terpilih pada harga rebat 20 hingga 70 peratus, dengan pembelian sekurang-kurangnya tiga naskhah.
“Di bahagian penghabisan stok buku bahasa Cina, ada naskhah terpilih yang boleh dibeli dengan harga serendah RM1.
“Malah, pengunjung juga boleh menebus baucar RM10 bagi setiap resit pembelian minimum berjumlah RM50,” katanya
Foong berkata, tawaran belian atas belian turut menanti orang ramai bagi setiap pembelian RM80 akan melayakkan pengunjung membeli THERMOCafe (350ml) tumbler keluli tahan karat pada harga RM35.
“Pelbagai acara menarik untuk kanak-kanak turut diadakan termasuk pertandingan mewarna, pengucapan awam, pertandingan bercerita dan bengkel seni kraftangan sempena Krismas.
Maklumat lanjut, layari www.popular.com.my atau Facebook rasmi POPULAR Malaysia atau muat turun aplikasi POPULAR MY
Sumber: Berita Harian , POPULAR wwb
0 Comments